Sunday, 6 October 2019

VIRAL.. Wanita 'Gila' Suara Merdu Alun Ayat Al-quran


JAKARTA - Penampilan wanita ini kusut masai dan tidak terurus sehingga masyarakat sekeliling menganggapnya kurang siuman, namun sebenarnya dia memiliki anugerah istimewa.

Wanita berusia awal 50-an itu memiliki suara merdu persis qariah ketika membaca ayat suci al-Quran sehingga membuatkan orang ramai tergamam.

Kisahnya mengundang pelbagai reaksi netizen selepas rakaman video durasi 5 minit 32 saat itu dimuat naik di Facebook milik Rahcman Payuyu.

Tulis Rahcman, “Subhanallah!!, Orang tidak waras tapi suara merdu sekali. Semoga ALLAH SWT memberi kesihatan kepadanya, amin."

Sehingga kini, video itu meraih lebih 2 juta tontonan, 32,000 tanda suka dan lebih 52,000 perkongsian.

Pada awal video, ada suara individu yang meminta wanita itu membaca surat al-Baqarah.

“Ayo mulai bismillah, wa minannas, ayo,” kata seorang penduduk.


Pada awalnya, wanita tersebut menolak dan sekadar senyum sahaja namun beberapa minit kemudian wanita itu melantunkan juzuk kedua dalam al-Quran.

Meskipun bacaannya bercampur tetapi mendengar lantunan ayat al-Quran daripada mulut wanita itu membuatkan penduduk mengungkap ‘ALLAH’ saat wanita itu membaca ayat demi ayat.

Sejurus selesai melantunkan ayat dalam surah al-Baqarah, penduduk terus menepuk tangan dan mengucapkan ‘Subhanallah’.

Netizen juga tersentuh hati apabila mendengar alunan suara wanita itu hingga mendoakan kesejahteraannya.

Jeng Pur berkata, “Subhanallah, merdunya suara, ya ALLAH berilah kesembuhan buat ibu ini”

Turut memberi komen, Angelina Putri, “Masya ALLAH, saya sampai menitis air mata, semoga segera diberikan kesihatan yang baik”

Manakala Neneng’s Dimo berkata, wanita itu ibarat bidadari syurga, "Meskipun di dunia orang memandang hina tetapi di akhirat dia istimewa di mata ALLAH SWT.


Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media News https://ift.tt/31RVusa
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/30UtHWx
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment