Wednesday, 16 October 2019

Video Tular: Datuk Norhizam Buat Laporan Polis Terhadap Polis.


Ayer Keroh, 17 Okt: Exco pertanian kerajaan negeri Melaka, Datuk Norhizam Hassan Baktee  membuat laporan polis berhubung video tular yang memaparkan kejadian kekecohan melibatkan dirinya dan beberapa pegawai polis di ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur.

Laporan polis tersebut dibuat di Balai Polis Air Keroh, Melaka semalam pada jam lebih kurang 5.30 petang.

Tambahnya lagi, beliau mengesyaki perbuatan itu berniat untuk menjatuhkan maruah dan kerjayanya selaku Adun dan Exco Kerajaan Negeri Melaka.

Beliau juga mendakwa rakaman itu dibuat oleh anggota polis di IPK tersebut yang bertugas antara pukul 2 hingga 5 petang semalam.

“Video yang tular juga tidak tepat dan tidak menyeluruh tentang kejadian sebenar. Dipercayai rakaman dan penularan video yang dibuat telah melanggar Etika kerja, Akta Kerahsiaan Kerajaan dan Akta 298 kawasan larangan dan tempat larangan 1959.” – Datuk Norhizam Hassan Baktee

Dalam laporan polis tersebut juga, Datuk Norhizam mendakwa anggota yang bertugas dalam shif tersebut bertanggungjawab dalam isu penularan itu dan berharap pihak PDRM supaya  menyiasat kesemua anggota polis yang terlibat.


Sejak petang semalam, video menunjukkan kekecohan berlaku antara Norhizam dengan beberapa  anggota polis di IPK Kuala Lumpur menjadi tular di media sosial.

Dalam video itu, beliau mempersoalkan tindakan pihak polis yang tidak membenarkannya masuk ke premis yang menurut pihak polis adalah kawasan larangan.

Berikut merupakan beberapa transkrip dalam video

Polis : Ini kawasan larangan.

Datuk Norhizam : Saya tak nak dengar. 

Polis : Ambil gari! |Ambil gari!

Datuk Norhizam : Kami daripada tadi duduk kat sini, kami kata biar diorang masuk, kami nak ke kafetaria nak minum. Nak minum pun tak boleh ke? Sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka kami mewakili kerajaan Melaka kami melihat Exco kami ( yang ditahan SOSMA) dan kami tak boleh bergerak? Kat mana kafeteria tu?

Polis: Sini kaferia tak ada. Tu kafeteria kat luar.

Datuk Norhizam: Ok, ada tak tempat ruangan menunggu?

Datuk Norhizam datang ke balai polis tersebut bersama beberapa ahli keluarga salah seorang tahanan SOSMA yang ditahan baru-baru ini berhubung kaitan dengan kumpulan pengganas LTTE




from Sehinggit Media News https://ift.tt/2OSbCGj
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2MmaZ6b
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment