Saturday, 12 October 2019

Taufan Paling Kuat Bakal Landa Okishima – Pulau Yang Hanya Didiami Populasi Kucing


Korang mesti tahu mengenai fenomena langit ungu yang melanda Jepun ketika ini kan.

Susulan itu penduduk Jepun kini dalam keadaan bersiap sedia menghadapi ribut taufan Hagibis – terbesar dalam sejarah 60 tahun.

Agensi Meteorologi Jepun juga telah mengeluarkan amaran kepada penduduk di kawasan yang bakal terjejas.


Salah satunya adalah satu pulau hanya didiami kucing – di Okishima, memetik World Of Buzz.


Terletak di Okinawa, Pulau Okishima merupakan satu-satunya pulau di kawasan tasik air tawar terbesar di Jepun dan tertua di dunia iaitu Tasik Biwa.


Terkenal dengan nama ‘pulau kucing’, Okishima didiami populasi kucing yang bebas dan manja menyambut pelancong yang menjejakkan kaki ke pulau berkenaan.

Disebabkan tidak ramai penduduk yang mendiami pulau berkenaan, netizen mula bimbang dengan nasib kucing-kucing sekiranya Taufan Hagibis melanda pulau itu.


Menyedari perkara itu, ramai netizen menyeru penduduk berhampiran untuk memberi perlindungan kepada kucing-kucing itu.

Satu posting di Facebook mengenai saranan itu mendapat 27,000 perkongsian oleh pencinta kucing.


Perkongsian itu menyebut mengenai laluan Taufan Hagibis yang turut ‘mendarat’ di pulau berkenaan dan berharap kucing-kucing berkenaan dapat menggunakan deria semulajadinya untuk mencari perlindungan.

Kerajaan Jepun telah mengumumkan kawasan yang bakal terjejas oleh Taufan Hagibis antaranya adalah Tokyo, Gunma, Yamanashi, Shizuoka, Fukushima, Tochigi, Saitama, Kanagawa, Ibaraki, Chiba.

Sementara itu, ramalan banjir dan paras air juga dijangka naik setinggi 0.5 hingga 5 meter di Tokyo, Osaka, Kyoto, Okazaki, Okayama dan Kagawa.



from Sehinggit Media News https://ift.tt/2peA36h
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2VAbwEN
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment