Wednesday, 16 October 2019

Polis Perlu Tunjuk Bukti, Alasan Anti-Keganasan Tak Boleh Guna Sewenangnya – Khalid Samad


KUALA LUMPUR – Parti PAN dan DAP cukup rapat dan ‘berjalan seiring’ dalam apa jua isu yang melibatkan rakyat dan politik.

Terbaru, pemimpin PAN yang juga Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad turut bersuara apabila polis menahan beberapa pemimpin DAP yang terkait dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Melalui satu ciapan di Twitter, Khalid Samad berkata tidak salah apabila bersimpati dengan masyarakat Tamil di Sri Lanka.

“Tidak salah untuk bersimpati dengan orang Tamil di Sri Lanka. Setiap minoriti mempunyai kisah penindasan mereka.

“Ia adalah keganasan yang kita tentang dan lawan. Walau bagaimanapun, alasan ‘anti-keganasan’ tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya,” ciapnya di Twitter.


Khalid juga memohon pihak polis untuk mengemukakan bukti dalam apa jua tindakan berkaitan keganasan tidak kira berkaitan pengganas ISIS atau LTTE.

“Polis mesti menunjukkan bukti dan bertanggungjawab, sama ada ISIS atau LTTE ,”ciapnya lagi.


Orang Tamil Sri Lanka’ adalah penduduk di kawasan utara dan timur Sri Lanka. Memberi alasan kegiatan ekonomi, politik dan sosial ‘Orang Tamil Sri Lanka’ disekat dan dinafikan, maka kumpulan gerila LTTE ditubuhkan.

Pemberontakan LTTE menyebabkan lebih 70,000 terbunuh sejak 1983 dan penduduk Sri Lanka semakin berkurang kerana melarikan diri balik ke India, British, Kanada, Amerika Syarikat, Australia, Malaysia dan sebagainya.

Pertubuhan militan gerila ini menggunakan tentera kanak-kanak, pengebom bunuh diri dan melakukan pembunuhan politik dalam pemberontakan mereka.

LTTE telah dikategorikan sebagai sebuah pertubuhan pengganas pada 1990an oleh tidak kurang 32 negara termasuklah agensi perisikan antarabangsa seperti CIA, FBI, dan Interpol. 

Sumber: SuaraTV


from Sehinggit Media News https://ift.tt/35G12IE
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2ITGvq0
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment