Sunday 13 October 2019

Polis Perlu Siasat Lebih Terperinci, Jangan Biar DAP Jadi Sarang Pengganas – NGO


KUALA LUMPUR – Badan Bukan Kerajaan (NGO), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Melaka menggesa pihak polis melakukan siasatan lebih terperinci untuk kenal pasti sama ada masih terdapat lagi wakil rakyat lain terbabit dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Ealam (LTTE).

Yang Dipertua Isma Melaka, Haji Mohd Khoushaini Haji Mohd Naim berkata gesaan itu dibangkitkan kerana sebarang penglibatan pemimpin atau wakil rakyat dengan kegiatan mana-mana kumpulan pengganas akan menjadi ancaman kepada negara.

“Mana mungkin negara akan selamat jika pengganas memegang kuasa sehingga boleh mengubah polisi dan dasar kerajaan, dan takkan nak biarkan DAP jadi sarang pengganas,” katanya, dipetik dari laporan Ismaweb hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan pihak polis melakukan gerakan besar-besaran menahan pemimpin dan ahli parti politik yang disyaki terbabit atau mempromosikan LTTE.

Antara yang telah ditahan setakat ini ialah G Saminathan, Exco Kerajaan Negeri Melaka dan Adun Seremban Jaya, P Gunasekaren dari DAP, bersama seorang lagi pemimpin NGO dari Perak.


Semalam dua lagi ahli DAP yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), sebuah anak syarikat kerajaan negeri Melaka dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri itu turut ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Mengulas lanjut, Mohd Khoushaini turut mendesak mereka yang terbukti terbabit atau melindungi kumpulan pengganas supaya meletakkan jawatan masing-masing.

“Isma Melaka minta rakyat supaya tidak mengadakan sebarang spekulasi atau mengaitkan dengan isu perkauman, sebaliknya memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak polis untuk membuat siasatan penuh,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengingatkan semua pihak agar tidak terlibat dalam aktiviti membabitkan kumpulan LTTE.

“Ada pihak-pihak tertentu dari luar cuba mengaktifkan LTTE di negara ini. Kami ambil tindakan untuk tangkap kerana kami tidak mahu biarkan mereka berkembang,” ujarnya.

Ujarnya lagi, tindakan sesetengah pihak menganjurkan majlis berkaitan kumpulan LTTE itu secara terbuka dilihat seolah-olah sengaja mahu mencabar pihak polis.

“Dianjurkan secara terbuka, tuan-tuan boleh tengok yang ditayangkan seperti mencabar pihak polis, polis konsisten. Daripada mana mereka terlibat dalam keganasan pasti kita tangkap, hanya masa menentukannya,” katanya lagi. 

Sumber: SuaraTV


from Sehinggit Media News https://ift.tt/32cfQfU
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/35vc17D
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment