Thursday 24 October 2019

Penuntut UPSI Maut Ketika Kerja Sebagai Penghantar FoodPanda


Kota Bharu : Penuntut UPSI maut ketika kerja penghantar Food Panda Seorang Penuntut Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik Tanjung Malim di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) meninggal dunia di HRPZ ll kerana terlibat dengan kemalangan di Jalan Pekeliling Kota Bharu tengahari semalam.

Mangsa Firdaus Abdul Halim yang berkerja menghantar pesanan makanan bersama Food Panda parah dikepala apabila motosikal yang ditunggang nya terlibat kemalangan dengan sebuah lori semalam.

Punca sebenar kejadian masih belum dikenal pasti dia yang parah telah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu untuk menerima rawatan namun disahkan meninggal dunia sebaik dirawat di HRPZ.

Paling memilukan rakan rakan mangsa yang berkerja bersama Food Panda sekitar Kota Bharu berkumpul dijabatan forensik HRPZ ll untuk mengetahui keadaan mangsa namun yang maha esa lebih sayang kan firdaus dia disahkan meninggal dunia impak kecederaan pada dirinya akibat kemalangan tersebut.


Jenazah mangsa diuruskan di HRPZ ll selepas itu akan dibawa pulang kekampung halaman mangsa , sedikit info mengenai jenazah mangsa yang dimuat naik oleh kakak arwah difacebook arwah.




Assalamualaikum.. saya Kakak Arwah Firdaus.Alhamdulilah,jenazah arwah sudah selamat tiba dikampung halamannya pada jam 4.30 pagi td..Arwah selamat dikebumikan jam 5.30pg..Syukur,semua dipermudahkan Allah.

Pertama sekalinya,saya nak ucapkan TERIMA KASIH BANYAK² pada semua sahabat-sahabat arwah yang datang kelmarin dan yang mendoakan Firdaus dari jauh. Juga buat kawan2 kerja arwah di Food Panda.

Keduanya, kalau Firdaus ada buat apa2 kesalahan pada kalian semua di depan atau di belakang kalian, dengan penuh rendah hati, saya mintak maaf banyak-banyak bagi pihak Arwah Firdaus. Tolong maafkan dia ye.

Ketiganya, jika arwah ada berhutang dengan anda, tolong beritahu saya.Anda boleh pm FB messenger saya atau Pm saya Adzra Zuera Raara,saya akan langsaikan hutang arwah. Jika anda sudah halalkan, saya ucapkan berbanyak terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan sahabat-sahabat semua.

Yang terakhirnya, tolong selalu doakan Firdaus ye. Semoga Allah ampunkan segala dosanya, angkat darjatnya tinggi di sisi Allah, moga Allah lapangkan kuburnya, lindungi dirinya dari siksaan kubur, bahagiakan dia di alam kubur dan alam barzakh. Semoga syurga yang tertinggi buatnya.

Dimasukkan ke dalam Jannatul Firdaus tanpa hisab.. Amin Ya Rabbal ‘Alamin. KAMI SEMUA RINDU KAMU,ADIKKU

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan keluarga arwah tabah pilu pergi nya ketika berkerja mencari rezeki, pada penghantar semua penghantar makanan berhati hati semasa berkerja. Al fatihah.

Sumber: https://ift.tt/2NcEiaR


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2NcEjeV
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2N6EsQQ
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment