Sunday 20 October 2019

Menurut Kajian, Hidu Bau Kentut Suami Atau Isteri Baik Untuk Kesihatan


Pastinya anda tidak percaya apa yang sedang anda baca ini bukan? Tiada siapa yang sengaja ingin membau kentut siapa-siapa pun di dalam dunia.

Suami isteri yang sudah lama berkahwin  dapat mengesahkan  bahawa bunyi dan bau kentut pasangan mereka   tidak terlalu mengganggu mereka seperti semasa baru berkahwin.

Ternyata bahawa bau busuk daripada kentut boleh memberi manfaat kepada kesihatan keseluruhan seseorang.

Penyelidik dari Universiti Exeter di England  mendapati  gas tertentu daripada kentut busuk  dapat memerangi penyakit.

Dr. Mark Wood menyatakan bahawa hidrogen sulfida, ataupun ‘hydrogen sulphide’ yang terdapat pada gas telur basi dan gas kentut mungkin dapat menjadi penyelesaian masalah kesihatan pada masa akan datang.


Hidrogen sulfida mungkin berbau busuk, tetapi ia mempunyai pelbagai fungsi yang bermanfaat buat kesihatan. Antaranya termasuk juga merendahkan risiko mengalami penyakit kronik seperti kanser, serangan jantung, strok, mengurangkan risiko mengalami artritis, demensia dan juga dapat mengurangkan penggunaan mitokondria yang membekalkan tenaga kepada saluran darah, mengurangkan risiko keradangan.

Profesor Matt Whiteman dari Universiti Exeter menyatakan bahawa sel-sel yang mengalami tekanan menyerap masuk enzim untuk membuat hidrogen sulfida yang membuat mitokondria berfungsi untuk bekalkan tenaga pada sel. Jika tidak, sel-sel tersebut akan mati, meningkatkan risiko keradangan.

Untuk menyelesaikan masalah ini, Profesor Whiteman menyatakan bahawa mereka telah mencipta sesuatu yang dinamakan AP39. AP39 membuat badan manusia menghasilkan dan mengekalkan jumlah hidrgoen sulfida yang sesuai untuk mitokondria dalam sel-sel pada badan kita.

Video sebagai hiburan



from Sehinggit Media News https://ift.tt/35RoHWA
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2BpRdRf
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment