Saturday, 19 October 2019

Mangsa Nahas Terbabas Dalam Parit Disangka Lemas, Rupanya Balik Tukar Baju


ANGGOTA dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kurau bertindak menyelam bagi mencari mangsa yang dikhuatiri terperangkap dan lemas dalam sebuah kereta yang terbabas ke dalam parit di Jalan Kuala Gula, Bagan Serai, hari ini.

Jurucakap BBP Kuala Kurau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada jam 2.31 petang dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 15 minit kemudian.

Sebaik tiba di lokasi, beberapa anggota bertindak terjun ke dalam parit bagi mencari mangsa yang mungkin terperangkap di dalam kereta jenis Mercedes Benz itu.


“Selama 15 minit operasi mencari mangsa dijalankan, namun tiada orang ditemui dalam kenderaan itu.

“Ketika operasi sedang dijalankan, seorang lelaki berusia lingkungan 50-an tiba di lokasi kejadian dan memaklumkan dia adalah pemandu serta pemilik kereta itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, lelaki itu memberitahu kenderaannya hilang kawalan dan terbabas ke dalam parit kira-kira jam 1.30 tengah hari akibat cuba mengelak babi hutan yang melintas secara tiba-tiba.

“Mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya keluar dari kenderaannya sebelum pulang ke rumah dengan dihantar rakan.

“Lelaki itu memaklumkan dia pulang ke rumah untuk membersihkan diri dan menukar pakaian sebelum datang semula ke lokasi untuk melihat kenderaannya yang hampir tenggelam,” katanya.

Sumber: https://ift.tt/2TP95R3


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2N7zHqr
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/32wB743
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment