Saban minggu, ada sahaja operasi yang dilakukan oleh pihak berkuasa untuk mengesan kereta-kereta yang tidak sah digunakan di atas jalanraya. Dalam operasi berbeza, mereka berjaya menjejaki kenderaan “bermasalah” ini dan jika ditemui, ia akan dirampas serta merta. Pemiliknya juga akan didakwa.
Kereta-kereta yang dirampas ini akan disemak silang dengan rekod pihak berkuasa dan selepas semuanya selesai, mereka akan melupuskannya dengan cara melelong semula kepada orang ramai pada harga yang rendah dari pasaran.
Kenderaan yang dilelong ini biasanya terdiri daripada jenama mewah seperti, BMW, Mercedes Benz, Audi, Volkswagen dan Mini Cooper antara 246 kenderaan mewah klon bakal dilelong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor hujung bulan ini.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, harga lelongan yang ditetapkan dari RM1,300 hingga RM25,000 bergantung jenis kenderaan.
“Lelongan awam siri kedua 2019 ini pada 30 dan 31 Oktober ini di Dewan Teratai Seksyen 19 dengan hari pertama 130 kereta klon dilelong dan 116 kereta hari kedua.
“Mereka yang mahu membeli kereta ini perlu mendapatkan buku yang memaparkan maklumat kenderaan itu yang dijual RM100 bermula esok sehingga 25 Oktober ini di kaunter JPJ.
“Antara model kereta mewah yang akan dilelong adalah BMW, Mercedes, Honda, Nissan, Toyota, Volkswagen, Mitsubishi, Suzuki Swift, Mini Cooper, Jaguar, Audi dan Madza,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat JPJ Selangor hari ini yang turut dihadiri Pengarah JPJ Selangor, Nazli Md Taib.
Shaharuddin berkata, pembeli perlu membida untuk membeli kenderaan yang dilelong dan jika berjaya, mereka wajib membayar 25 peratus dari harga bidaan.
“Kaedah bayaran ialah melalui kiriman wang dan bank draf pada hari sama, tiada transaksi secara tunai dibenarkan untuk mengekalkan isu integriti,” katanya.
Katanya, semua kenderaan dilelong itu disita di Selangor, kebanyakan kenderaan klon itu dari negara jiran seperti Thailand dan Singapura.
Sumber: Harian Metro via www.mekanika.com.my
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2MoCv3g
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2MnsXFF
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment