Wednesday, 16 October 2019

Kenapa Rezeki Selalu Tak Cukup? Sebab Berhutang Nafkah Dengan Isteri


Perkara pertama yang golongan suami perlu utamakan setiap kali mendapat gaji adalah nafkah isteri. 
Janganlah diabaikan nafkah isteri. Biarpun hanya sedikit, berikan kepada isteri kerana pentingnya isteri redha dengan pemberian nafkah suami. Jika isteri tidak redha, bimbang sempit rezeki suami. 

Semoga perkongsian dari Khairul Johari ini memberi manfaat kepada anda semua. 

PERKARA yang paling suami terlepas pandang, hutang nafkah. Sebab apa rezeki selalu tak cukup? 

Sebab apa dapat banyak pun duit tapi masih tak cukup? Duit habis tetapi tak nampak duit dibelanjakan untuk apa? 

Hati kusut, tanyalah isteri anda dari hati ke hati. Adakah dia redha untuk segala nafkah suami terhadap isteri? Tanya isteri, adakah dia betul-betul menghalalkan segala hutang nafkah yang suaminya berhutang itu?

Percayalah, banyak perkara yang isteri pendamkan dalam hati sebenarnya. Tetapi dia tidak akan meluahkan kerana mahu menjaga hati suami. Keduanya sebab mahu mengelakkan pergaduhan.


Jangan kedekut dengan isteri. Perasan tak pasangan yang bahagia selalunya si suami tidak kedekut dengan isteri. Perasan tak? 

Makan isteri berkira, sampai isteri kena keluarkan duit sendiri. Dalam tidak sedar, kita suami dah berhutang dengan isteri. Kita tengok isteri nampak seperti tidak kisah, kita tahu ke dalam hati dia?

Mak ayah dia lepaskan dia untuk menjadi isteri kamu, untuk dijaga seperti yang mereka jaga. Bukannya kamu kerahkan tenaga dia seperti babu. Bukan untuk kamu kerahkan kudrat dia siang malam 24 jam tanpa rehat. Bukannya untuk kamu lukakan hati dia sedangkan hati kamu, kamu mahu dia jaga. 

Kalau dia tahu layanan kamu terhadap anak dia, agak-agak dia akan berkahwin dengan kamu? Kahwin ini bukan untuk sedap semata-mata tetapi banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. Di atas dunia bolehlah kita mengelat, tetapi kita kena ingat Allah Azza Wajalla Maha Melihat. Kita akan dipersoalkan di akhirat kelak. 

Jadilah suami yang bertanggungjawab. Sayangilah isteri, jagalah perasaan isteri. Isterilah punca rezeki suami semakin bertambah. Semoga kita terus bahagia dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Aaminn. 

Sumber: Khairul Johari via The Reporter


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2BilVLZ
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2OVrfwK
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment