Tuesday 22 October 2019

Kenali Personaliti Dan Keunikan Seseorang Yang Sangat Obses Warna Hijau


Setiap orang memiliki warna kegemaran tersendiri, setiap warna melambangkan personaliti seseorang. Mungkin bagi sesetengah orang ianya karut belaka, namun sedikit sebanyak anda akan nampak persamaannya.

Menurut ilmu chromotherapy, warna berkait rapat dengan kondisi mental dan juga kesihatan seseorang. Kali ini, jom kita lihat apa yang ada pada mereka yang gemarkan warna hijau, warna alam semula jadi.

Bagi orang yang suka hijau, aura misteri adalah kunci kepada daya tarikannya. Bagi orang yang suka hijau sering juga merupakan petunjuk akal seseorang keunggulan, kuasa dan kekuatan. Kita juga mahu untuk disukai, mendapatkan pengiktirafan, takut dan cuba untuk mengelakkan pengaruh orang lain. Kita sentiasa akan cuba untuk mencari ikrar diri.

Ruang tamu warna hijau. Sejuk mata memandang

1. Hijau adalah warna yang melambangkan harmoni dan keseimbangan. 

Warna hijau sering dikaitkan dengan warna kedamaian dan ketenangan. Jika anda perasan, setiap kali kita memandang kehijauan, hati akan merasa tenang dan lapang.


Begitu juga mereka yang sukakan warna hijau ini, mereka selalunya seorang yang sangat tenang dalam menghadapi masalah dan juga mampu menyelesaikan masalah dengan baik.

2. Hijau mewakili harapan dan perdamaian.

Warna hijau juga mewakili harapan, iaitu berkaitan dengan harapan yang sering inginkan kedamaian dan ketenangan. Semua orang mencari-cari ketenangan, dan warna hijau mampu memberi kesan kedamaian kepada sesiapa yang melihatnya

Deco rumah hijau, putih. Nyaman!

3. Memiliki peribadi lembut dan jujur. 

Mereka yang meminati warna hijau selalunya seorang yang lemah lembut dan seorang penyayang. Senang untuk bertolak ansur dan seorang penyabar.

4. Suka berada dalam komuniti dan mampu bersosial dengan baik. 

Seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa sahaja, sikap rendah diri dan sentiasa dalam mood yang baik membuatkan dia diminati oleh semua orang yang berada dekat dengannya.

Apa sahaja yang berkaitan dengan kita selalunya mempengaruhi aktiviti yang sering kita lakukan. Jika ianya berkaitan dengan warna kesukaan, ianya berkaitan dengan perasaan dan hati. Jika anda sedang marah, ketika itu anda memilih untuk suka kepada warna merah, dan begitulah sebaliknya.

Sumber: https://ift.tt/2oTZ473


from Sehinggit Media News https://ift.tt/31Df22C
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2qwaZIl
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment