Jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segala-galanya. Setiap orang pasti inginkan jodoh yang terbaik. Dalam pencarian mencari yang terbaik, perbaiki juga diri untuk menjadi seorang yang baik.
Kenali Pasangan Kita
Taaruf merupakan salah satu cara untuk mengenali calon pilihan kau. Dalam peringkat ini, kau akan mula nampak kelemahan masing-masing. Antara calon yang baik ialah apabila dia sudi menerima kekurangan kau. Kau pun mesti lah nak buat perkara yang sama kepada dia.
Carilah keserasian. Dalam Islam tetapkan proses pencarian dengan empat faktor iaitu agama, harta, paras rupa dan keturunan. Agama menjadi faktor yang utama.
Keserasian bermaksud semua persamaan yang ada itu saling mendekatkan, semua perbezaan yang ada itu pula saling melengkapkan. Kau sendiri dapat rasa perasaan tu.
Jika dalam proses taaruf/ mengenali dia kau merasakan 10 perkara ini, mungkin dia jodoh kau.
Antaranya:
1. Kau rasa telah lama mengenali si dia.
2. Kau rasa rindu ketika berjauhan dengan si dia.
3. Ada ikatan yang kuat. Apa yang dia rasa kau pun rasa sama.
4. Kau rasa selesa di samping si dia.
5. Senang berkongsi cerita dan hal peribadi dengan si dia.
6. Sesibuk mana pun kau, kau akan cipta waktu untuknya.
7. Setiap perbualan dan perbincangan selalu dapat difahami dan masing-masing puas hati dengan keputusan yang dibuat.
8. Selalu jujur, ikhlas dan percaya pada si dia.
9. Tidak mempedulikan masa lalu masing-masing dan menerima apa adanya. Mula merancang untuk masa depan.
10. Kau sentiasa sabar dengan segala kerenah si dia.
Lakukanlah istikharah. Mohon petunjuk Allah. Jika yakin si dia pilihan terbaik, jadikanlah si dia halal untukmu. Jika sebaliknya, tolaklah si dia dengan sebaiknya.
Lamaran bukan paksaan. Ianya satu perkara besar dan perlu difikirkan sedalam-dalamnya. Apabila kau nak terima, terima dengan fikiran semasak-masaknya, juga kalau nak tolak, tolak setelah fikir sehabis baik.
Sekiranya nak menolak cinta dia, ingat lima perkara ini.
1. Berterus Terang
Kau berterus teranglah kalau kau rasa tak serasi dengan dia. Jangan hati kau tak suka tapi kau nak teruskan juga sebab kesiankan dia.
2. Hormati Si Dia
Kalau kau nak tolak dia, tolak baik-baik. Jangan kau nak malukan dia depan orang ramai. Jangan nak maki dia bagai. Respect dia yang selalu caring dekat kau.
3. Jangan Sesekali Gunakan Personaliti Untuk Menolak
Kau dah bercinta dengan si dia 3-4 tahun. Alih-alih tak suka sebab dirinya. Apa yang dia ada. Logik ke? Contohnya.
“Awak ni gemuklah. Saya tak suka orang gemuk. Awak muka gelap la. Awak terlalu baik untuk saya. Keluarga saya tak suka orang Kelantan. Jadi, jangan gunakan personaliti atau perihal peribadi untuk menolak si dia.
4. Jangan Gunakan Dia
Kau tak cintakan dan sayangkan dia. Tapi kau gunakan dia. Bila rasa down kau cari dia. Kau nak pergi sana sini suruh dia teman. Dah taknak guna dia kau buang macam plastik sampah. Pedih hati dia kalau tahu kau hanya gunakan dia. Cuba bayangkan orang buat macam tu kat kau. Apa kau rasa?
5. Doakan Kebahagiaan Dia
Doakan agar si dia berjumpa dengan seseorang yang terbaik untuk dirinya. Doakan agar dipermudahkan segala urusan dia.
Masa bercinta tu jangan asyik nak relationship goals je. Bercinta sampai 3-4 tahun, 700 kali makan tempat hipster, & kedai kopi mahal, 70 kali pergi travel sana sini tapi bab kumpul duit belanja kahwin langsung tak buat.
Kau jangan acah-acah berkasih sayang, caring bagai, bercinta bagaikan nak rak tapi tak de niat nak kahwin dengan dia sebenarnya. Kesian anak dara orang woi. Kah!
Share jika bermanfaat.
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2Mf9BSV
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2pp6KOc
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment