Thursday 24 October 2019

Hukuman Gantung Menanti, Suami Kerat 8 Isteri & Anak Tiri Didakwa


Tertuduh, Shahrul Nizam Zuraimy, 31, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Sepanjang prosiding, Shahrul Nizam yang memakai baju-T hitam dan seluar jeans dilihat hanya mendiamkan diri.

Berdasarkan pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa membunuh Norfazera Bidin, 27, dan bagi pertuduhan kedua, dia dituduh membunuh anak tirinya, Muhammad Iman Ashraf Abdullah, 11.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, Melaka, antara 9 malam 6 Oktober hingga 1 pagi, 7 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazari tidak mencadangkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Mahkamah kemudian menetapkan 16 Disember depan untuk sebutan semula kes, sementara menunggu laporan bedah siasat.


Harian Metro sebelum ini melaporkan polis mengesahkan bahagian badan yang ditemui dikerat sekurang-kurangnya lapan bahagian dan ditemui berselerakan di Kampung Ladang, Krubong adalah milik Norfazera dan Muhammad Iman.

Identiti mereka disahkan selepas pihaknya memperoleh keputusan rasmi ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Jenazah dua beranak itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad tengah malam Isnin lalu di Tanah Perkuburan Islam Bertam-Malim.

Sumber: Harian Metro via /www.hmetro.com.my


from Sehinggit Media News https://ift.tt/31Ir4b4
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2pa4FG8
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment