Sunday, 20 October 2019

Graduan Selfie Digantung Sijil, Graduan Biadap Bawa Plakad Ketika Konvo Tak Dikenakan Tindakan


KUALA LUMPUR – “Bayangkan nasib seorang graduan yang hanya teruja berselfie secara beradab dan tenang telah dihukum gantung sijil sehingga dua tahun tetapi seorang lagi graduan yang memaki hamun orang lain, terjerit-jerit dan menggunakan plakad di atas pentas majlis konvokesyen sehingga mengganggu majlis konvokesyen dilepaskan oleh pihak berkuasa universiti. Sungguh tidak adil.”

Itu pendapat sinikal pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Anuar Ahmad Universiti Malaya (UM) tidak akan menarik balik ijazah graduannya, Wong Yan Ke yang membuat provokasi semasa majlis konvokesyennya baru-baru ini.

Beliau membandingkan tindakan yang sama pernah dikenakan terhadap graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muhammad Hasrul Haris Mohd. Radzi yang digantung sijil diplomanya gara-gara berswafoto di atas pentas konvokesyen pada tahun 2015.

Menurut Anuar, graduan UiTM Lendu, Melaka itu digantung pengajian selepas perbuatannya itu dianggap sebagai tidak menghormati etika majlis konvokesyen.

“Hanya kerana teruja berselfie sebagai gimik beliau adalah lulusan fotografi, beliau telah dianggap mencemarkan majlis konvokesyen sehingga dihukum penggantungan pengajian? Tetapi yang salah tetap salah.


“Seingat saya tidak ada seorang pun ahli politik yang membela beliau, malah masyarakat pada umumnya bersetuju ketika itu supaya beliau dihukum,” ujarnya dalam satu kenyataan di media sosialnya semalam.

Menurutnya, berbanding kejadian minggu lepas apabila graduan UM, Yan Ke terjerit-jerit dan memaki Naib Canselor UM dengan perkataan rasis di dalam majlis rasmi konvokesyen sangat tidak beradab.

“Sepatutnya beliau juga dikenakan tindakan sebagaimana yang dikenakan pada graduan UITM.

“Tetapi hari ini seluruh rakyat Malaysia menerima satu berita yang mengejutkan. Pihak pengurusan universiti berkenaan mengambil keputusan tidak akan mengenakan apa-apa hukuman yang setimpal dengan kesalahan beliau. Malah beliau telah dilepaskan begitu sahaja,” ujarnya.

Menurut Annuar, keputusan untuk tidak mengenakan sebarang tindakan disiplin kepada graduan berkenaan jelas menunjukkan isyarat bahawa pihak pengurusan tertinggi universiti berkenaan telah bersetuju dan seolah-olah ‘meraikan’ sikap biadap graduan tersebut.

“Keputusan pengurusan universiti berkenaan juga menunjukkan budaya kebiadapan boleh diraikan dan dibenarkan atas nama kebebasan bersuara walaupun kebiadaban itu dilakukan di dalam sebuah majlis rasmi dan penuh istiadat seperti majlis konvokesyen.

“Keputusan itu juga menunjukkan bahawa pihak pengurusan universiti berkenaan bersetuju dengan pelajar tersebut yang mengatakan bahawa Naib Canselor universiti berkenaan adalah seorang yang rasis dan perkauman kerana Naib Canselor berkenaan telah terlibat dalam menganjurkan Kongres Maruah Melayu pada 6 Oktober yang lalu,” katanya lagi.

Keputusan itu juga sekali gus membuktikan pengurusan universiti berkenaan bersetuju dengan graduan tersebut bahawa Kongres Maruah Melayu adalah satu perhimpunan yang rasis, katanya.

“‘Tahniah’ Wong Yan Ke. Anda hebat. Anda seorang sahaja telah berjaya mengalahkan VC universiti anda,” sindirnya. 

Sumber: MalaysiaGazette


from Sehinggit Media News https://ift.tt/31v2UAv
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2oNyGM4
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment