Pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen sememangnya tak pernah lekang daripada perhatian orang ramai. Bukan sahaja mereka yang terkenal bahkan anak-anak mereka iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah turut menjadi tumpuan semua.
Kalau anda rajin menjengah ke laman Instagram pasangan ini, mereka sering memuat naik entri mengenai anak-anak mereka. Mungkin untuk berkongsi perkembangan anak kesayangan bersama para peminat yang tak henti-henti menyokong mereka.
Terbaru, Hairul telah memuat naik satu video di mana dia telah memegang kaki Alisya dan membiarkan bayi itu berdiri menggunakan kekuatan kakinya sendiri.
Rata-rata peminat yang melihat aksi itu telah memuji daya tahan Alisya, siap ada yang cakap nak buat aksi yang sama dengan anak-anak mereka.
Walaubagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen ialah angkasawan pertama negara iaitu Dr.
Sheikh Muszaphar telah menegur perbuatan itu sebagai tidak elok dilakukan kepada bayi. Ini kerana otot dan tulang bayi yang masih tidak mampu menahan aksi sedemikian dan mungkin akan memberi akibat buruk nanti.
Namun lebih mengejutkan apabila Hairul telah memadam komen berunsur nasihat itu daripada ruangan entri tersebut.
Kebanyakan netizen terus menyelar tindakan pelakon lelaki itu yang seperti tidak boleh ditegur. Mereka juga bengang kerana komen baik daripada Dr. Sheikh Muszaphar itu seharusnya dibiarkan supaya dapat menjadi pengajaran kepada orang lain.
Seorang individu lain telah menyoal kembali kepada angkasawan tersebut mengenai tegurannya itu dan berjaya mendapat jawapan penuhnya.
Apa salahnya terima teguran daripada orang yang lebih berpengalaman dan berilmu? Untuk kebaikan anak sendiri juga sebenarnya.
Sunber: https://ift.tt/2joTdzG
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2MKskoz
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2VHvIod
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment