Kejadian di mana kita tiba-tiba dikejutkan dengan kehadiran haiwan-haiwan perosak seperti cicak, lipas dan tikus biasa berlaku terutamanya di rumah ketika kita sedang khusyuk melakukan kerja.
Situasi seperti itu bukan sahaja membuat pekerjaan kita terbantut, malah boleh membuat kita gugur jantung dan trauma apabila didekati haiwan-haiwan berkenaan.
Lipas adalah antara serangga yang paling ditakuti di dunia, dan walau sebersih mana pun kita mengemas, lipas tetap menjadi penghuni tetap di rumah kita.
Kelibat lipas saja sudah cukup untuk membuat kita lari lintang pukang, apatah lagi lipas yang boleh terbang. Malah, kehadiran lipas juga pernah dilaporkan hampir meragut nyawa!
Dalam satu kes yang berlaku di Singapura, seorang wanita terlibat dalam kemalangan gara-gara panik selepas ternampak lipas di dalam keretanya.
Walaupun wanita 61 tahun itu mengalami kecederan ringan, keadaan kereta Mazda merahnya agak teruk selepas dia hilang kawalan dan melanggar tiang jejantas.
Dalam kes berlainan, seorang lelaki tertembak kakinya sendiri selepas dia cuba membunuh lipas dengan membaling kasut ke arah serangga itu.
Malangnya pistol yang disorokkan di dalam kasut itu terjatuh keluar ketika kasut tersebut dibalingkan, menyebabkan ia tertembak dan mengenai kaki lelaki 50 tahun dari Michigan, AS itu.
Walaupun kedua-dua mangsa selamat, kejadian seperti itu membuktikan bahawa fobia terhadap sesuatu perkara terutamanya haiwan perosak seperti lipas yang boleh dijumpai di mana-mana, mampu membahayakan nyawa.
Sumber: https://ift.tt/33rf8LU
from Sehinggit Media News https://ift.tt/31ejJj5
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/35BMxph
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment