Thursday, 10 October 2019

Berbuat Baik Kepada Isteri, Rezeki Datang Dari Jalan Yang Tidak Disangka-Sangka


Sedang duduk di bengkel servis kereta yang diguna oleh bidadari saya. Kena ganti absorber. Macam-macam kena ganti. Yerlah dah sampai waktunya. Teruk dah rasanya. Ya Allah, kasihan bidadari dan anak-anak selalu guna kereta ni. Tak bagitahu apa-apa pun. Senyap jer.

Begitulah sifat wanita. Selagi boleh tak nak susahkan suami. Semua mereka buat sendiri. Ya Allah… Sebab tu jika isteri kita dah minta sesuatu. Dah sampai dia cakap, maknanya tak boleh tangguh dah. Mereka sebahagian dari diri kita. Mereka tanggungjawab kita. Kita kalau nak sesuatu terus dapatkan. Charger phone takde je terus cari. Isteri kita? Kadang-kadang mereka nak sesuatu yang tak mahal pun, tapi berbulan baru dapat.

Fahami mereka dan sayangilah mereka kerana Allah. Jangan kedekut. Jangan pentingkan diri sendiri. Seorang wanita pergi mana-mana bawa anak berderet-deret dalam nak beli barang atau ambil anak sekolah. Mereka senyap je. Ikhlas je kerana Allah. Saya ni pun tak mampu nak buat macam tu.

Termenung juga sebenarnya. Pasti ada rahmat dan kebaikan Allah nak bagi ni. Takdir Allah. Terdiam fikir dan saya ambil kertas tulis apa lagi yang patut saya ikram dan mudahkan isteri saya. Ya Allah ampunkan saya. Sedang tulis apa saya nak buat untuknya kerana Allah.

Hadiah kita kepada isteri dapat pahala sedekah. Bahkan sedekah yang besar pahalanya dan utama. Bila kita sedekah Allah tambah rezeki dan beri kesihatan dan beri kematian yang baik.


Takdir Allah, tiba-tiba sekejap tadi seorang Haji datang servis kereta. Tak kenal pun. Saya beri salam dan berbual dengannya. Cerita betapa penting setiap orang buat dakwah. Hidupkan Islam. Di mana pun kita duduk Allah hantar kita untuk kenalkan manusia pada Allah. Seluruh penyelesaian masalah sikap manusia ialah Islam. Sunnnah Nabi SAW.

Dia tengok je saya. Dan kata:

“Ustaz Ebit Lew kan? Saya rasa macam kenal sangat tapi tak tahu di mana. Saya dah lama nak cari ustaz. Saya nak buat empat siri program team building atau motivasi untuk syarikat saya. Biasa tiga hari dua malam macam tu. Staf saya tengah cari konsultan. Saya fikir dah selalu buat yang aktiviti dan biasa-biasa. Ini memang program tahunan.

Saya teringin yang menerapkan jiwa agama. Saya rasa bersalah dan kasihan tengok staf kadang-kadang solat pun tidak. Curi tulang. Masuk kerja lambat. Dan macam-macam lagi ustaz. Ramai juga ada masalah keluarga. Ya Allah teringin biar mereka ada sedikit risau akhirat. Saya yakin bila kita jaga agama, Allah jaga kita. Ustaz memang buat program macam tu kan?”

“Yer tuan haji. Syukur pada Allah. Kerja training dan motivasi ini semenjak dulu. Yang penting saya doa semoga Allah terima jadi asbab kebaikan dan hidayah. Dan keampunan buat diri saya dan keluarga dan manusia seluruh alam.”

“Boleh ustaz bagi nombor telefon. Nanti staf saya telefon”

“Baik tuan haji”

“Ustaz free tak tarikh sekian-sekian”

“InsyaAllah haji. Allah bantu dan mudahkan”

Saya terus mesej bidadari saya dan kata terima kasih sayang. Terus kata terima kasih Allah. Ya Allah tak sampai 5 minit sebak kenangkan kebaikan isteri kerana Allah. Allah terus beri rezeki tak sangka-sangka.


from Sehinggit Media News https://ift.tt/35p0K8Q
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3278qKK
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment