Friday, 11 October 2019

Belanjawan 2020, Individu Bujang Lebih 40 Tahun Terima RM300


KUALA LUMPUR: Seramai 1.1 juta individu bujang berusia lebih 40 tahun yang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan layak menerima Skim Bantuan Sara Hidup (BSH) bermula tahun depan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020, berkata orang kelainan upaya (OKU) berusia 18 tahun ke atas, dengan pendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan, juga layak menerima bantuan sama.

“Individu bujang berumur 40 tahun ke atas dan OKU layak menerima sebanyak RM300 dan secara automatik menjadi penerima Skim Takaful MySalam secara percuma,” katanya.


Guang Eng berkata, secara keseluruhannya, kerajaan memperuntukkan RM5 bilion bagi membiayai program bantuan berkenaan tahun depan.

“Pada 2019, skim itu memberi manfaat kepada 3.9 juta isi rumah,” katanya.

Guan Eng berkata, secara keseluruhannya, sejumlah RM24. 2 bilion melalui Belanjawan 2020 untuk penyediaan subsidi dan bantuan sosial berbanding RM22.3 bilion tahun ini.

Katanya, ia termasuk bantuan kebajikan seperti BSH dan subsidi yang berkaitan dengan pertanian, bahan api dan kadar faedah. - BERNAMA


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2nByazX
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/33nXNDO
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment