PUTRAJAYA – Teka-teki beg tangan mewah jenama apa yang bakal dibimbit bekas wanita pertama Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terjawab.
Lapor Sinar Harian. Beg tangan jenama Versace Vanitas Demetra merah dilihat dibimbit seorang wanita yang dipercayai pengiringnya berjalan dibelakangnya memasuki pintu utama lobi bangunan ini.
Hasil carian di internet, harga tas itu dianggarkan bernilai US$700 (RM2,781)
Rosmah yang tiba kira-kira jam 10.43 pagi, mengenakan baju kurung biru corak rose lengkap berselendang dan sedondon dengan sepatu merah.
Isu tas tangan mewah yang bakal dibawa Rosmah menjadi bualan di laman sosial susulan kontroversi rampasan 284 beg tangan yang masih hangat diperkatakan.
Rosmah tiba di pekarangan ibu pejabat SPRM menaiki kenderaan jenis Mercedes-Benz tanpa polis pengiring namun ditemani anak perempuannya, Nooryana Najwa dan menantu, Daniyar Kessikbayev warganegara Kazakhstan.
Bagaimanapun, mereka dilihat meninggalkan SPRM selepas setengah jam siasatan berhubung SRC International Sdn Bhd berjalan.
Difahamkan sesi soal siasat Rosmah bersama pasukan penyiasat SPRM berlangsung tanpa ditemani sesiapa termasuk peguam.
Sebaliknya, peguam Rosmah, Datuk K Kumaraendran dan Geethan Ram Vincent hanya menunggu di ruang kafeteria bangunan SPRM.
from Sehinggit Media https://ift.tt/2Jihgft
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2kPNELy
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment