Friday, 22 June 2018

'Najib Anggap Rakyat Malaysia Bodoh'


PETALING JAYA: Tidak masuk akal jika Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengetahui transaksi berkaitan 1MDB apabila tandatangannya ada pada dokumen tersebut, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri itu berkata beliau tidak percaya dengan dakwaan Najib bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai wang 1MDB yang dimasukkan ke akaun peribadinya.

"Siapa yang mahu mempercayainya, ketika dia menandatanganinya?

"Setiap wang yang masuk dan keluar dari pinjaman pertama RM42 bilion, semua mempunyai tandatangannya.

"Sekiranya dia tidak tahu, ia mesti dia tidak tahu apa erti tandatangan," kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata adalah tidak munasabah bagi seseorang untuk mengarahkan RM2 bilion dipindahkan ke dalam akaunnya dan pada masa sama enggan dimaklumkan mengenai transaksi itu.

"Ini tak boleh jadi. Kerana saya perlu tandatangan untuk menggunakan wang itu.


"Untuk menggunakan wang itu, saya perlu mengeluarkan cek. Najib selalu menganggap orang lain bodoh," katanya.

Terdahulu, kira-kira AS$700 juta (RM2 bilion) didakwa disalahgunakan dari 1MDB ke akaun peribadi Najib.

Dalam laporan Reuters pada Rabu, Najib mendakwa lembaga pengarah 1MDB mempunyai tanggungjawab memberitahunya jika ada sebarang perkara yang salah.

Beliau dalam beberapa komennya mengenai skandal 1MDB berkata, tidak tahu jika beratus-ratus juta dolar yang bergerak melalui akaun peribadinya adalah daripada 1MDB dan sama ada wang daripada dana itu akhirnya dicuci untuk memperoleh aset secara global termasuk kapal layar, lukisan, permata dan hartanah mewah.

"Saya tiada kaitan dengan kapal layar, lukisan...Saya tidak pernah melihat lukisan itu.

"Saya tidak menyedari pembelian ini. Ia dilakukan tanpa pengetahuan saya. Saya tidak akan membenarkan dana 1MDB digunakan untuk mana-mana perkara ini.

"Saya sudah lama berkhidmat dalam kerajaan, saya tahu apa yang betul dan apa yang salah," kata Najib. - Mstar Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/2thkr0G
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2tiAmMf
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment