KURANG senang dengan sikap segelintir pengikut di Instagram, pelakon Noorkhiriah akhirnya membuat teguran melalui video yang dimuat naik pada Khamis.
Noorkhiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie memberitahu dia kerap mendapat mesej peribadi berbaur kecaman dan makian daripada pengguna Instagram dalam kelompok kanak-kanak dan remaja.
“Kebanyakan yang ikut saya sekarang berusia antara 10 hingga 13 tahun, mereka menghantar mesej peribadi dan berkata pelbagai perkara tidak baik kepada saya.
“Adakah ibu dan ayah menghantar anda ke sekolah untuk belajar memaki orang?,” katanya.
Noorkhiriah menjadi perhatian selepas lakonannya dalam drama bersiri Nur meninggalkan kesan besar kepada penonton sehingga dikecam teruk di media sosial.
Sumber: Mstar Online
from Sehinggit Media https://ift.tt/2tjgGrM
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2MbiIBl
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment