Friday, 29 June 2018

‘Dia Bukanlah Suami Orang Dan Bukan Seorang Duda’ – Fasha Sandha


Desas-desus mengenai keakraban pasangan pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz telah menjadi buah mulut netizen apabila sebuah video berdurasi 23 saat tersebar di media sosial. Video tersebut memaparkan kemesraan kedua pelakon ini ketika berada di lapangan terbang.

Bagaimanapun, Fasha Sandha enggan memberi sebarang penjelasan terhadap video yang diambil secara curi-curi oleh netizen kerana tidak mahu memanjangkan isu ini.

Dialah sahabat saya


Ya, ramai yang suka saya berkawan dengan dia, kerana dia bukanlah ‘suami orang’ dan bukanlah seorang duda.

Ya , tidak dinafikan ada juga yang tidak suka, kerana pengalaman lalu yang pernah dia lalui sebelum ini, ditambah pula dengan perbuatan manusia yang merakam video CURI kami sedang bersalaman dan menyebarkan dengan niat untuk mengaibkan orang lain… tak mengapa, …

Apa saja pendapat yang diberikan sekarang, saya terima dengan positif, kerana saya yakin, semua mahukan yang terbaik. Saya terima dengan hati yang terbuka. Past is past…

Siapa kita untuk menilai orang lain? Siapa kita untuk menghukum orang lain?

Allah lebih mengetahui segalanya.. Kesederhanaan dia membuatkan saya selesa, kerana saya juga wanita sederhana yang sukakan kesederhanaan. Dialah sahabat saya, yang mampu buat kami gembira dan kami ketawa. Amin..

Sumber: Ohbulan.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/2tKObDN
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2IBBTlu
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment