Tuesday, 19 June 2018

1 maut, 2 parah bas terbalik

SEORANG mangsa meninggal dunia manakala dua lagi parah selepas bas ekspres terbalik dalam kemalangan di Kilometer 33.3 Lebuhraya Karak menghala Kuala Lumpur berhampiran Gombak, 6.30 petang, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Tey Kong Seng ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

“Pasukan penyiasat masih berada di lokasi dan masih belum diketahui jumlah sebenar mangsa yang terbabit,” katanya.

Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Bomba Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terbabit pada 6.34 petang.

“Satu jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat mangsa.

“Setakat ini punca kejadian dipercayai akibat bas berkenaan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik,” katanya.

Katanya, setakat ini pihaknya menerima laporan seorang sahaja mangsa meninggal duni, dua mangsa parah akibat tersepit.

“Bas berkenaan membawa 42 penumpang dalam perjalan ke Kuala Lumpur. Sehingga kini operasi menyelamat mangsa sedang dijalankan,” katanya.

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2JWNeOI
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment