Friday, 22 June 2018

Anak Che Ta, Aisyah Diberi Duit Raya Ribuan Ringgit, Kerana Cemburu Netizen Kutuk Beliau RIAK.


Hari raya merupakan hari yang paling dinantikan oleh golongan muda mahupun golongan tua. Namun semestinya golongan kanak kanak lebih menantikan hari raya kerana tradisi turun temurun masyarakat Melayu yang mana golongan dewasa yang bekerja akan memberikan duit raya kepada kanak kanak dan golongan muda yang masih belum bekerja atau mendapat pekerjaan.

Namun lain bagaimana pula dengan nilainya? Kebiasaannya kanak kanak akan mendapat duit raya dari rm1 hingga rm50 dari seorang orang dewasa .

Jumlah itu mungkin tidaklah besar namun ianya biasanya sudah cukup untuk menggembirakan kanak kanak yang kadang kadang belum tahu apa fungsi wang itu sendiri.

Seorang kanak kanak yang popular iaitu anak Che Ta walaubagaimanapun mendapat jumlah wang yang berbeza dari seseorang. Dilihat didalam video , Anak che ta yang mesih kecil itu telah diberikan ikatan wang yang terdiri dari kepingan duit RM50 yang diikat bersama. Anggaran duit yang diterima tersebut adalah Ribuan ringgit Malaysia..


Che Ta dikecam teruk di media sosial kerana merakamkan dan menunjukkan perkara tersebut di laman instagramnya . Netizen mengatakan bahawa Che Ta kelihatan riak dengan menunjukkan wang yang diterima oleh anak kecilnya.

Ianya bukan sengaja dikutuk oleh netizen namun sekiranya anda melihat video tersebut , ianya mungkin akan mendatangkan syak dan tanggapan buruk kepada video tersebut . Wallahualam.


from Sehinggit Media https://ift.tt/2lsTdjK
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2MMqrXy
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment