PETALING JAYA: Walaupun laungan semangat 'Malaysia Baru' sering diperkatakan di laman sosial, namun masih ada rakyat Malaysia yang tidak mempunyai kesedaran sivik termasuk ketika menaiki pengangkutan awam.
Kekecewaan itu diluahkan seorang netizen yang kesal dengan perbuatan pasangan suami isteri yang didakwa mementingkan diri dengan menggunakan tempat duduk sebagai 'katil' untuk menidurkan anak mereka.
"Saya amat kecewa dengan sikap orang Malaysia. Di manakah semangat 'Malaysia Baru' kamu?
"Perkara ini mudah sahaja, naik pengangkutan awam jadi tolonglah gunakan 'common sense' (akal) kerana kamu berkongsi pengangkutan ini dengan orang lain," luahnya melalui catatan yang dimuat naik ke laman Facebook Penang Kini pada Khamis.
Tambah pengirim tersebut, dia menyaksikan pasangan suami isteri berkenaan menggunakan empat tempat duduk tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Padang Besar ke Sungai Petani, sedangkan mereka sekeluarga hanya tiga beranak.
Melalui posting tersebut, pengirim mempersoalkan tindakan pasangan terbabit yang sepatutnya meriba anak mereka di pangkuan bagi membolehkan penumpang lain duduk di kerusi itu.
Seorang wanita terpaksa duduk di lantai tren sambil memangku seorang kanak-kanak. - Facebook
"Hello, kamu boleh riba anak di pangkuan dan bagi orang lain duduk.
"Bagi mengelakkan diri mereka ditegur, mereka berpura-pura tidur supaya tidak dikejutkan oleh sesiapa.
"Kenapa nak selesakan anak tapi orang lain merana?," tulisnya.
Pada kiriman gambar tersebut, kelihatan seorang wanita lain terpaksa memangku anaknya di atas lantai dalam suasana keretapi yang sesak dengan penumpang.
Posting tersebut tular dan mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen serta menerima 4,780 perkongsian.
Seorang pengguna Facebook, Dany Alboss berkata: "Ramai orang tanya kenapa tak tegur depan-depan.
"Mudah ja. Masyarakat minda kelas ketiga yang bila naik pengangkutan awam berperangai individualistik ni sangat ramai.
"Kalau tegur seorang ni saja, tak dihebahkan. Maka teguran tu hanya terpakai untuk satu keluarga b**** ini saja," tulisnya.
Dany yang bersetuju gambar mereka disebarkan berkata, masyarakat yang bersikap seperti pasangan tersebut akan lebih berhati-hati kerana bimbang perbuatan mereka tular di media sosial.
Sumber: Mstar Online
from Sehinggit Media https://ift.tt/2JZ5ScB
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2JZiYGJ
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment