Thursday, 21 June 2018

Tak Biasa Makan Kedai Mahal, Bang Mat Ditemui Makan Nasi Kandar Tepi Jalan Je


Apa saja yang dilakukan Menteri Pertahanan kita sorang ni mesti akan dapat perhatian ramai. Baru-baru ni, nama Mat Sabu sekali lagi jadi sebutan lepas dia dengan selambanya makan di kedai tepi jalan. Wah wah humble betul Bang Mat kita ye!

Menurut posting yang dimuat naik Mat Sabu di Twitter, beliau berkongsi beberapa keping gambar sedang menikmati makan tengah hari dekat restoran nasi kandar di Segambut dengan pekerjanya. Mat Sabu jugak sempat memuji gulai kambing Nasi Kandar Sulaiman Sukran yang memang sedap!




Tindakan merendah diri Mat Sabu dengan makan di restoran tepi jalan tu mendapat respon positif netizen yang memuji Menteri Pertahanan tersebut sebagai seorang yang senang didekati dan fahami masyarakat.

Mat Sabu dalam satu sesi temubual di Astro AWANI jugak pernah berkata yang beliau memang suka bergaul dengan sesiapa saja dan tak pernah letak jurang antara dirinya dengan rakyat biasa walaupun dah bergelar menteri.


“Saya tak ada beza apa-apa. Saya tetap Mat Sabu, tetap berkawan dengan semua.

“Saya tak mahu jawatan mengubah saya. Saya suka bergaul dengan orang ramai tak kira waktu dan masa,” kata Mat Sabu.

Semoga sifat merendah diri Abang Mat sentiasa kekal dan menjadi ikutan rakyat marhaen. Steadyyy Abang Mat! Untung staf dapat merasa gulai kambing dengan menteri disayangi.

Sumber: Lobakmerah


from Sehinggit Media https://ift.tt/2JZsEBa
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2tfFDnN
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment