Wednesday 3 January 2018

[VIDEO] Terlalu Gementar, Khai Bahar Tak Perasan Mic Terbalik! Aksi Spontan Nabil Buat Netizen Pecah Perut


Aksi bersahaja dan kelakar pengacara MeleTOP Nabil Ahmad dan Neelofa telah membuatkan ramai peminat tidak sabar menunggu rancangan tersebut pada setiap minggu. Menampilkan tetamu yang berbeza setiap minggu, ada sahaja usikan Nabil yang membuatkan penonton terhibur. Pada episod malam tadi, beberapa orang bakat baru telah menjadi artis jemputan iaitu Khai Bahar, Haqiem Rusli, Wany Hasrita dan Asad Motawh.

Namun apa yang menjadi perhatian netizen adalah insiden lucu Khai Bahar menyanyi dengan mic terbalik. Aksi spontan Nabil selepas itu membuatkan netizen pecah perut! Lawak!

Tersilap pegang mic!


Sebelum memulakan nyanyian, Khai Bahar kelihatan melambai-lambai peminat yang berada di hadapannya. Punyalah feeling sampai tak perasaan mic yang dipegang terbalik. Memang jadi bahan usikan Nabil jela selepas itu.

Netizen terhibur




Khai minta maaf

Di instagram story, Khai Bahar ada meminta maaf kerana telah mencetuskan ‘insiden’ melucukan tersebut. Gara-gara terlalu gementar berhadapan dengan peminat yang ramai, Khai Bahar tidak perasan mic yang dipegang terbalik. Mana tak malu, dahla ramai orang live pulak tu. Nasib aksi spontan Nabil itu berjaya menyelamatkan suasana.

Sumber: OHBULAN.COM


from Sehinggit Media http://ift.tt/2DZaoQO
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2EIjF17
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment