Tuesday 2 January 2018

Pelajar Tingkatan 4 Ditemui Mati Tergantung


BUTTERWORTH: Seorang pelajar Tingkatan Empat ditemui mati dalam keadaan tergantung di rumahnya di Taman Desa Murni, Sungai Dua, di sini, malam tadi.

Kejadian jam 9.30 malam, disedari ibu pelajar berkenaan sebelum menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata kejadian itu dipercayai ketika ibu bapa dan ahli keluarga mangsa tiada di rumah.

"Berdasarkan keterangan ibunya, anak kedua daripada empat beradik itu bersendirian di rumah apabila dia, suami dan ahli keluarga lain keluar.

"Kali terakhir ibunya bercakap dengan mangsa ketika mangsa keluar dengan adik perempuannya dan terkejut sebaik pulang menemui mangsa mati tergantung di bahagian tepi tangga rumahnya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Noorzainy berkata, pemeriksaan polis tidak menemui sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian, manakala mangsa pula tidak meninggalkan sebarang nota.

"Ketika pemeriksaan di kediaman teres dua tingkat itu kita dapati rumah berkenaan berada dalam keadaan elok dan tidak menemui sebarang unsur jenayah," katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.

Noorzainy berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut sehingga keputusan bedah siasat diperoleh hari ini. - BH Online


from Sehinggit Media http://ift.tt/2A8Oet9
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2CHQVFb
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment