Thursday 4 January 2018

Lelaki Onani Atas Motor, Ajak Warga Asing Lakukan Seks


Polis Pelancong Phuket sedang menyiasat kes seorang lelaki yang didakwa menceroboh rumah wanita warga asing.

Dalam dua kejadian berasingan itu, lelaki berkenaan didakwa melakukan onani di rumah mangsa serta menawarkan THB2,000 (RM248.94) untuk melakukan hubungan seks.

The Phuket News melaporkan, mangsa yang merupakan wanita warga Amerika berusia 56 tahun itu mendakwa suspek datang ke rumahnya pada 24 dan 30 Disember lalu.

"Kali pertama dia berdiri di pintu, sambil berkata 'Vichuda Hills,' yang membuatkan saya mengesyaki dia bekerja sebagai pengawal keselamatan.

“Saya berada di sana tahun lepas, jadi dia mempunyai nombor saya dan menghantar mesej kepada saya pada September lalu. Saya masih mempunyai log mesej tersebut,” jelasnya.

Dalam kejadian pertama, suspek berpura-pura mahu menggunakan bilik mandi sebelum bertindak menggosok kemaluan di depan mangsa.

“Pada 30 Disember, saya mendapati seseorang telah menceroboh kawasan saya. Saya telah meletakkan papan tanda “Dilarang Masuk”, tapi dia telah menceroboh rumah saya. Saya berteriak, ‘Hello? Siapa tu’ beberapa kali, sebelum kemudiannya saya melihat seorang lelaki sedang melakukan onani di atas motosikal." 

Walau bagaimanapun, pegawai polis, Sen. Sgt. Maj Jirapat berkata, kes tersebut tidak dilihat sebagai keutamaan.

“Kami belum melakukan soal siasat terhadap lelaki itu kerana masih belum jelas dia yang melakukan perkara itu. Tambahan pula, kes itu berlaku sekitar sambutan Tahun Baru, yang mana pihak polis sangat sibuk."

Sumber: CARI forum


from Sehinggit Media http://ift.tt/2qtFwX3
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2CGP8Cu
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment