Wednesday 3 January 2018

Lelaki Dikelar Anak Kandung Yang Berdendam Dengan Perbuatan Orang Tuanya


BELAGA – Siapa sangka dendam sejak kecil telah membuatkan seorang anak tergamak mengelar leher bapa kandungnya sampai mati.

Kisah menyayat hati pada pukul 4 pagi itu berlaku di sebuah rumah panjang Tanjong Long Pawah di sini awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Belaga, Deputi Superintendan Melay Tingom berkata, akibat tragedi itu, Indo Usa, 60, maut di tempat kejadian selepas dikelar anaknya yang berusia 26 tahun.


Menurut beliau, sebelum kejadian, suspek yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik itu secara tiba-tiba mengamuk lalu mencetuskan perbalahan dengan bapanya dan penghuni lain di rumah panjang itu.

Katanya, suspek cuba ditenangkan oleh ahli keluarga­nya namun dia semakin agresif sehingga gagal dikawal.

“Suspek kemudian mencapai sebilah parang lalu melibas bapanya dan tuai rumah panjang tersebut tetapi mereka sempat mengelak,” kata beliau ketika dihubungi semalam. - Kosmo!


from Sehinggit Media http://ift.tt/2CzKtCe
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2CgpQrv
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment