Friday 5 January 2018

Jauh Bercuti Di Paris, Eina Azman Tetap Gigih Memasak Untuk Suami


Kalau pergi bercuti di luar negara mestilah kita ingin merasa menu masakan di tempat orang bukan? 

Tapi lain pula dengan Datin Eina Azman walaupun sedang bercuti di Paris bersama keluarganya dia tetap mahu memasak.


Hidangan yang disediakan pula merupakan menu masakan Malaysia. Antara menu yang dimasak olehnya ketika melancong adalah sambal sardin, nasi goreng ayam kunyit belacan, cekodok pisang, kuah asam, ayam goreng kicap, kari ayam, pengat ubi keledek bersago dan nasi ayam.



Meriah sungguh makanan yang Eina hidangkan! Sememangnya dia rajin memasak dan pengikut Instagram turut memuji kesungguhan Eina.


"Sudahlah cantik, pandai memasak pula. Patutlah suami sayang", kata salah seorang pengikut Instagram yang dikenali sebagai @imfarahkhan

Sebelum menjejak kaki ke Paris, Eina terlebih dahulu pergi melancong ke Istanbul, Turki.

Syoknya tengok Eina bercuti! Anak-anak pun makin comel. Tapi itulah, jauh mana pun melancong mesti tekak nak makan masakan Malaysia juga kan? 

Sumber: CARI forum


from Sehinggit Media http://ift.tt/2CMzV3Q
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2lYWRl0
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment