Tuesday, 31 October 2017

Harga Nasi Campur RM100 Berpatutan - KPDNKK


KUANTAN : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang mengesahkan tindakan kedai yang mengenakan bayaran RM100 untuk dua pinggan nasi campur yang tular di media sosial baru-baru ini, adalah benar dan tidak salah.

Pengarahnya, Sharuddin Jali yang menjalankan siasatan terhadap pemilik kedai makan itu berkata, harga yang dikenakan adalah berpatutan berikutan harga udang galah juga jelas dipamerkan di bahagian hadapan kedai.

"Siasatan mendapati bahawa gambar yang tular itu menunjukkan dua ekor udang galah, sedangkan jumlah sebenar yang diambil ialah empat ekor, di samping lauk lain termasuk sayur dan sotong.

"Bagi harga udang galah telah dinyatakan bahawa perkiraan adalah mengikut gred iaitu A, B dan C pada harga antara RM50 ke RM100 mengikut hidangan," katanya yang dipetik dari laporan BERNAMA.

Tambah Sharuddin lagi, siasatan yang dijalankan juga mendapati tiada sebarang tindakan yang boleh diambil ke atas pemilik kedai kerana tiada kesalahan dilakukan.


Lantaran itu, bagi mengelakkan sebarang masalah, Sharuddin menasihatkan orang ramai untuk bertanya kepada pemilik kedai atau menyemak senarai harga makanan yang dipamerkan sebelum mengambil lauk-pauk tersebut.


Terdahulu, seorang wanita memuat naik kenyataan di Twitter kerana perlu membayar RM100 semasa makan di sebuah kedai makan di tepi jalan Leban Chondong, Kuala Rompin.

Wanita itu memuat naik resit bayaran dan gambar nasi campur bersama dua ekor udang galah bersama kenyataan 'weh memang gini ke kedai ni? ke laki aku makan ikan duyung' dan status itu mendapat pelbagai reaksi netizen.

Sumber: Siakapkeli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2z9LoqY
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2lyYDMR
via merahhaticintaku.blogspot.my

Hati-hati Dengan Penyakit Ini!, Tak Rasa "Puas" Selepas Berasmara




Orgasma atau Rasa Puas Selepas Berasmara

Orgasma adalah rasa “puas” atau nikmat yang memuncak selepas melakukan hubungan dengan pasangan. Rasa puas ini amat penting untuk menjaga keharmonian dan kebahagiaan rumah tangga anda. Orgasma yang dirasai oleh setiap pasangan berkahwin berbeza-beza, bergantung kepada kemahiran dan kesihatan tubuh badan dan mental.

Tapi, kalau anda atau pasangan kerap kali tak mencapai rasa “puas” selepas bersetubuh, anda harus segera periksa tahap kesihatan anda!. Ia mungkin petanda kesihatan fizikal malah mental anda bermasalah.


Antara penyakit yang boleh mengakibatkan anda tak berjaya mencapai rasa puas atau orgasma adalah:


1. Penyakit pembuluh darah peripheral

Penyakit ini mengakibatkan pembuluh darah anda tersumbat. Lalu, aliran darah ke anggota badan dan alat kelamin tersekat. Disebabkan itu, anda tak boleh mencapai orgasma langsung! Pergi periksa kesihatan anda dengan doktor pakar.

2. Penyakit tiroid

Masalah hipotiroid atau tiroid yang kurang aktif daripada biasa boleh menjadi punca kepada kegagalan hubungan seksual. Maka, dorongan ke arah seks akan semakin rendah, atau lebih teruk… pesakit dengan penyakit ini tak mampu untuk terangsang langsung.

3. Tekanan darah tinggi

Menurut American Journal of Hypertension, wanita yang sedang mengalami fasa menopause malah menghidap tekanan darah tinggi akan lebih cenderung mengalami masalah vagina kering. Lalu, mereka takkan dapat mencapai rasa puas dan akan sentiasa sakit di bahagian miss V apabila berasmara.

4. Kencing manis

Kencing manis atau diabetes dapat mempengaruhi pembuluh darah kecil yang mengalirkan darah ke alat kelamin anda. Sebab penyakit ini, pesakit boleh kehilangan rasa “sensitif” saat berasmara, lalu mereka takkan berjaya mencapai orgasma atau “rasa puas”.

5. Masalah kesihatan mental

Masalah kesihatan mental seperti kemurungan, sering rasa cemas dan masalah mental lain juga boleh menjadi faktor utama kenapa seorang wanita tak dapat merasai orgasma ketika berasmara. Masalah mental boleh mengakibatkan kegagalan alat kelamin untuk berfungsi untuk lelaki.



6. Gangguan sistem saraf

Masalah epilepsi atau multiple sclerosis juga boleh mempengaruhi tahap orgasma yang anda rasa selepas berasmara. Kedua-dua masalah ini mengganggu fungsi neuurologis di sekitar alat kelamin anda. Maka, ia gagal untuk memberi “rasa sedap” yang tepat ke otak. Jadi, anda takkan berasa puas!

7. Perubahan hormon

Ketika seorang wanita sedang mengalami fasa menopause, atau sedang memberi susu badan dan memakai alat kontrasepsi, kadar hormon testosteron dan estrogen dalam badan mereka akan menurun dan tidak seimbang. Oleh sebab itu, sensasi di bahagian klitoris “tidak berjaya dicapai” maka mereka takkan berasa puas.

Tidak perlu risau sangat.

Jika anda dan suami sentiasa melakukan hubungan seks dan kalian masing-masing berasa puas dan mencapai orgasma, kalian pasti cukup sihat secara fizikal dan mental.

Jika anda menghadapi sebarang masalah, jangan segan untuk berjumpa dengan doktor pakar.

Sumber : Theasianparen Malaysia


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2iOZqs6
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2z1Tdzo
via merahhaticintaku.blogspot.my

Kanak-kanak Dipukul, Dihayun, Ditendang Beberapa Kali Oleh Ibunya


KUALA LUMPUR - Viral di media sosial video seorang ibu memukul anak kecilnya bertubi-tubi mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

Video berdurasi lebih satu minit itu dimuat naik ke laman Facebook semalam tanpa menyatakan lokasi tepat dan waktu kejadian itu berlaku. 

Berdasarkan video, si ibu yang membawa beban dua beg dipercayai menghulurkan sekeping tiket kepada anak kecilnya agar kanak-kanak itu dapat melalui mesin pengimbas tiket tren. Namun secara tiba-tiba si ibu terus memukul kepala anaknya sebelum mencampakkan tiket tersebut. 

Mangsa menangis kesakitan dan meronta-ronta mahu mengikut ibunya. Melihat anaknya berkelakuan seperti itu, si ibu kemudian masuk semula mendapatkan mangsa dengan kasar menarik belakang baju anaknya sehingga terangkat dan dicampak ke bahagian belakang, sementara dia mengutip beberapa barangan anaknya yang berterabur di lantai. 

Mangsa kemudian datang ke arah ibunya dan seperti meminta ampun di atas kelakuannya, tetapi tidak diendahkan. Sebaliknya si ibu menendangnya badan si kecil itu beberapa kali. Kemudian wanita itu mengambil selipar dan meminta anaknya memakai selipar tersebut. 


Malangnya mangsa tidak mengikuti arahannya menyebabkan dia sekali lagi ditendang dari belakang beberapa kali.






Ketika kejadian itu berlaku, ramai pengguna tren yang menyaksi tanpa mengambil sebarang inisiatif untuk menghalang atau menghentikan perbuatan kejam wanita berkenaan. 

Sementara itu di media sosial, ramai netizen yang mengecam tindakan si ibu yang tidak berperikemanusiaan. Namun, tidak kurang juga yang mempertahankan si ibu di mana mereka percaya mungkin wanita itu tertekan dengan masalahnya sehingga melepaskan kemarahan pada anaknya sendiri. 

"Semua cakap pandailah. Korang bukan tahu apa masalah yang perempuan ini hadapi. Masalah yang kadang kala tak terucap dek mulut. Ditambah pula dengan perangai anak yang hiperaktif. 

"Kalau aku? Macam mana arwah nenda buat pada aku dulu, macam itu aku akan ajar anak aku. Sampai mati aku akan ingat dan disebabkan cara arwah nenda mendisiplinkan aku, aku berjaya seperti sekarang," kata Chiavary. 

"Stress ba dia ni. Mana lagi bawa dua beg, mana lagi bawa budak nakal. Aduh, stress tahap gaban ni. Kalau ada husband tolong, mungkin dia tak stress macam ini. Kesian dia tu," kata Siti Azira Nasya. 




"Siapa yang tak ada anak yang hiperaktif, please zip your mouth. Kita bukan ada tahap sabar yang tinggi. Kadang-kadang terlepas juga kemarahan. Jadi jangan nak kecam orang lebih sangat. Esok lusa jadi pada anak cucu cicit kita sendiri baru tahu," kata Atikah Hamzah.

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2gQxlMC
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2h0UBeO
via merahhaticintaku.blogspot.my

Benarkah Rakyat MALAYSIA Seperti ‘BANGLA’ Di AUSTRALIA. Berenang Dan Menyorok Dalam Hutan Elak Ditangkap IMIGRESEN?


Rakyat Malaysia Berenang, Menyorok Dalam Hutan Elak Ditangkap Imigresen Australia

Peningkatan sara hidup kini menyebabkan ramai rakyat sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan demi mendapatkan wang untuk menyara diri sendiri dan keluarga. Disebabkan desakan itu juga, ramai yang saanggup berhijrah ke negara asing untuk mendapatkan pekerjaan dengan gaji yang lumayan.

Jika dulu, pendatang asing dari Indonesia dan Bangladesh sudah sinonim datang ke Malaysia bagi mendapatkan peluang bekerjaan tetapi kini lain pula ceritanya. Rakyat Malaysia sendiri mula berhijrah ke negara lain bagi mendapatkan peluang pekerjaan.

Kini, ramai rakyat Malaysia berhijrah ke Australia untuk bekerja sebagai pemetik buah di sana. Ada yang bekerja di sana secara sah dan tidak kurang juga ada yang bekerja secara haram.

Mari kita baca kisah suka duka rakyat Malaysia yang bekerja di Australia sebagai pemetik buah secara haram ini. Artikel asal dari Utusan Online.

SWAN HILL 16 Nov. – Berenang merentasi tasik dan menyorok di dalam hutan. Begitulah ter­desaknya rakyat Malaysia yang bekerja secara haram apabila digempur Imigresen Australia.

Mereka hidup dalam ketakutan diburu dan perlu nekad serta licik meloloskan diri daripada kepungan pihak berkuasa apabila berdepan dengan operasi.

Jika di Malaysia, kita menonton di televisyen bagaimana Imi­gresen Malaysia menyerbu penempatan pekerja asing dari Indonesia dan Bangladesh.

Suasananya sama di sini, cuma yang diburu adalah rakyat Malaysia yang bekerja secara tidak sah. Nasib orang kita sama dengan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia. Menyedihkan.


Seorang pekerja Malaysia turut berkongsi pengalamannya berdepan dengan serbuan di kawasan ladang blueberry di utara Coffs Harbour yang menyebabkan 34 rakyat Malaysia termasuk dua kanak-kanak ditahan Ogos lalu.

Shahdam, awal 50-an, yang berasal dari utara berkata, pasukan imigresen membuat serbuan secara teratur dengan membuat kepungan darat termasuk menggunakan anjing pengesan.

Di udara pula, helikopter membuat tinjauan untuk mengesan pergerakan pekerja haram yang melarikan diri.

“Mana hang nak lari? Bila ter­desak, mesti buat benda nekad, ada yang sampai berenang da­lam tasik. Ramai yang selamat dengan cara ni.

“Ada yang masuk hutan menyorok, bila line clear kita keluarlah. Kalau di ladang, kita mesti lari dalam pelbagai arah secara individu, jangan bergerak dalam kumpulan, apa kat depan, redah terus,” katanya.
Selepas menggempur ladang, Imigresen Australia juga membuat operasi di stesen-stesen kereta api bagi mengesan pekerja haram yang mahu melarikan diri ke kawasan lain.

Bagi pekerja yang memiliki kenderaan sendiri, misi mereka lebih mudah namun bagi Shahdam dan rakan-rakannya, mereka tiada alternatif yang lebih baik.

“Aku yang tak ada kereta payah lah, sampai ke stesen kereta api tak turun terus, duduk dalam kereta kawan dulu. Intai sekeliling.

“Bila dah sah line clear, baru beli tiket lepas tu menyorok dalam kereta dulu sebelum kereta api sampai,” dedahnya

Namun begitu ia bukan menjadi penghalang bagi rakyat Malaysia untuk bekerja disana.Terdapat cara yang betul untuk bekerja di sana tanpa risau dikejar oleh pihak imigresen Australia. Mari kita baca kisah yang boleh menjadi inspirasi dan motivasi rakyat Malaysia yang berjiwa kental bekerja di Australia

Rakyat Malaysia berhijrah petik buah di Australia

Maslina Masud, rakyat Malaysia yang mengambil keputusan berhijrah ke Australia dan memulakan hidupnya di negara orang sebagai pemetik buah tampil menceritakan pengalamannya di kota kangaroo itu.


KUALA LUMPUR: Bayaran gaji RM1,900 seminggu satu-satunya motivasi kepada wanita muda, Maslina Masud terus bekerja di ladang memetik buah walaupun ia bukan pilihanya.

Maslina, 30, salah seorang daripada beribu-ribu rakyat Malaysia yang mengambil keputusan untuk berhijrah ke luar negara dan mendirikan kehidupan baharu.

Wanita yang memilih Australia dan menjejakkan kaki di Melbourne pada Januari 2014 tidak menyangka terpaksa menerima hakikat untuk bekerja di sebuah ladang buah-buahan.

Dari bilik hawa dingin ke semak ladang

Terbentang luas kira-kira seribu ekar, ladang Mildura yang terletak 7 jam perjalanan dari bandar Melbourne, inilah satu-satunya pilihan buat Maslina sementara menerima jawapan bagi semua permohonan kerjanya di bandar.

Dia akur dengan nasib diri selepas suaminya pula terpaksa menyambung pengajian ekoran pasangan ini menggunakan visa pelajar untuk ke negara itu.

Namun, pendapatan yang dijanjikan untuk memetik pelbagai jenis buah, oren, anggur, strawberi dan kiwi iaitu kira-kira AUD$15 hingga AUD$20 sejam memberi dia keyakinan sekurang-kurangnya untuk menyara hidup.

Hidup selesa dan mengusakan sebuah agensi pelancongannya sendiri di ibu kota, anak kelahiran Kuala Lumpur ini akui terkejut apabila mendapati kebanyakan pekerja di ladang Mildura itu adalah rakyat Malaysia.

“Ramai golongan profesional seperti jurutera, pegawai bank malah peguam meninggalkan Malaysia untuk mencuba pengalaman baru ini.

“Ladang Mildura adalah pusat buah-buahan untuk dieksport dan hampir kebanyakan orang yang saya temui adalah rakyat

Malayia. Selain pengalaman memetik buah, saya akhirnya dapat melepaskan rindu kampung bertemu mereka,” kata Maslina.

“Berbeza dengan kehidupan di Malaysia di mana saya bekerja di pejabat, dalam bilik berpenghawa dingin, duduk di kerusi empuk dan memiliki pembantu untuk menyiapkan segalanya, di sini, saya terpaksa kerja di bawah matahari, dalam semak, di lapangan terbuka. Tiada apa yang ‘mewah’ kecuali ketenangan dan kecantikan alam semula jadi serta buah-buahan ini.

“Tetapi lebih penting, di sini saya belajar erti kesusahan. Ia satu pengalaman luar biasa dan perasaan ketika memetik buah-buahan amat berbeza. Keberadaan rakan Malaysia juga menghiburkan apabila kami kadang-kala menyanyikan lagu ‘rock kapak’ beramai-ramai untuk menghilangkan rasa rindu ,” katanya sambil tersenyum.

Belum berhasrat balik Malaysia

Ditanya penerimaan keluarga dan berapa lama dia bercadang untuk berada di kota kangaroo, Maslina berkata, keluarganya tidak menyangka keputusannya itu serius.

Jelasnya mereka anggap Maslina dan suami hanya bergurau sehinggalah melihat tindakan sebenar mereka.

“Malah, buat masa ini, saya dan suami juga tidak berhasrat untuk kembali ke Malaysia.

“Bukan saya tidak patriotik atau tidak bangga menjadi anak Malaysia, namun faktor ketegangan politik di negara ini punca ramai belia ambil keputusan berhijrah. Kami mahu membina hidup baharu di sini,” katanya.

Walaupun syukur dapat bekerja di ladang, lebih-lebih lagi dengan gaji lumayan berbanding di Malaysia, Maslina tidak pernah berhenti berdoa dan meletakkan harapan agar mendapat panggilan temuduga dari bandar.

“Benar, rezeki Allah itu luas. Saya tidak pernah berhenti berdoa agar mendapat kerja di bandar kerana kami terpaksa berulang-alik demi suami yang perlu menghadiri kuliah setiap Ahad memadangkan kami berhijrah menggunakan visa pelajar.

Akhirnya, doa Maslina terjawab apabila dia menerima panggilan temuduga dari sebuah kolej swasta di Melbourne.

Gaji RM2,500 seminggu

“Genap 3 bulan bekerja di Mildura, saya menerima panggilan temuduga dari sebuah kolej swasta di Melbourne. Memang senyum saya tidak berhenti sepanjang berada di dalam bas ketika menuju ke bandar,” katanya berkongsi pengalamannya itu.

Sebaik diterima bekerja, Maslina menganggap percaturannya membuat keputusan berhijrah akhirnya membuahkan hasil, ditambah pula dengan gajinya yang lebih lumayan iaitu kira-kira RM2,500 seminggu.

“Apapun, saya tetap merindui beberapa teman rapat Malaysia di ladang. Syukur kepada Allah mempermudahkan segalanya walaupun pada mulanya agak sukar bagi saya dan suami mendapat kerja.

“Kini saya berkhidmat sebagai eksekutif pemasaran di Kolej PAX, Melbourne dan setiap kali saya ternampak buah kiwi atau oren, saya pasti tersenyum sendiri,” katanya.

Dia yang akui seronok membina kerjaya di Australia berkata kota Melbourne sebagai bandar pilihan yang berbaloi untuk meneruskan hidup.

“Masyarakat di sini baik. Kos hidup tinggi tetapi dengan gaji yang diterima, semuanya boleh diusahakan. Kadar jenayah juga kurang. Kalau rindu makanan Malaysia, di sini juga ada restoran yang menjual hidangan Malaysia. Jadi tiada masalah bagi kami,” katanya yang sudah setahun lebih berada di Melbourne.

Maslina menasihatkan anak muda yang mengambil keputusan berhijrah ke luar negara supaya tidak takut berdepan cabaran dan terus berusaha.

Sumber: www.blogammar.com


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2z1hci9
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2gZSuI2
via merahhaticintaku.blogspot.my

Arif Sukri Dedah Jadual Makanan Dan Diet Turun 40 Kg Selama 3 Bulan


Mesti ramai di luar sana yang mempunyai berat badan berlebihan. Di Malaysia sememangnya masalah obesiti kini semakin berleluasa.

Namun dalam hati kecil, mereka yang mempunyai berat badan berlebihan ini sudah tentu memasang niat untuk menurunkan berat badan dan menjadi kurus.

Satu perkongsian bermanfaat telah dikongsikan oleh seorang lelaki yang berjaya menurunkan berat badannya.

Dulu berat badannya mencecah 120 kg namun yang terkini beratnya hanya 78 kg sahaja. Saiz pinggangnya pula berubah dari 46 inci menjadi 36 inci.

Lelaki bernama Arif Sukri ini berkongsi jadual makanan dan juga dietnya. Disamping itu terdapat juga tips penting darinya.


Ini perkongsian dari Arif:

Jom baca:

HILANG 40KG DALAM 3 BULAN
Saya telah menulis begitu banyak mengenai perjalanan mengurangkan berat badan. Hilang 40 kg dalam tempoh 3 bulan memang memerlukan banyak pengorbanan dan komitmen

Pada awal penulisan dahulu saya tidak mencadangkan korang untuk follow jadual pemakanan saya. Pada saya ambil tahu syarat-syarat makanan apa pun dah baik.

Hahaa. Tapi korang tak nak. Kemain juga nak tahu rejim dan jadual diet saya. Sama sahaja. Yang pasti makan kena cukup 6 kali sehari.

JADUAL MAKAN
1. Sarapan pagi
Setiap pagi saya akan pastikan benda pertama masuk ke dalam mulut adalah air masak. Minum air masak segelas atau dua gelas sebelum solat subuh. Selepas itu boleh mula sarapan.

Jujur 2 minggu pertama saya makan OAT KOSONG. Hahaa. Tiada susu, kurma, atau buah. Oat dan air suam sahaja. Dia punya rasa ya tuhan. Tujuan 2 minggu pertama adalah nak potong makanan yang bergula.

Selepas dua minggu pertama saya mula makan oat bersama susu gabung, kurma, kismis. Jam 6-9 pagi masa sesuai untuk sarapan.

2. Minum pagi
Saya tidak cerewet dengan minum pagi. Sebab sebelum minum pagi pun saya minum air kosong banyak dah. Huhu. Untuk minum pagi korang boleh cari biskut oat dalam 3 keping atau kuih satu atau setidak-tidaknya adalah kurma. Saya pilih kurma sahaja.

3. Makan tengahari
Ini kena kawal. 15-30 minit sebelum makan tengahari saya akan minum air masak terlebih dahulu. Ini agar perut saya terisi. Jadi nanti bila makan pun tak adalah nak makan banyak banyak sebab perut dah penuh air. Kahkah.

Tapi makan tetap kena makan. Nasi segenggam + ayam bakar, ikan bakar dan katakan tidak pada yang bergoreng. Kuah pula pilih yang paling sedikit penggunaan minyak. Saya pilih sup atau singgang. Dan pastikan ada sayur atau ulam-ulam. Serat bagus untuk badan kau juga.

4. Minum petang
Pun sama. Kadang-kadang saya minum teh hijau kosong. Teh yang tiada gula ataupun kopi kelat sahaja. Hahaa. Rasa tak payah cakap. Kau minum dulu nanti bagitau.

Selama dua bulan berturut-turut saya tidak minum air yang mengandungi gula tambahan. Kalau tak mahu minum teh atau kopi kau boleh minum air kosong sahaja.

Milo untuk 2 bulan pertama saya tak ambil langsung. Sebab agak manis walau dibancuh tanpa gula. Untuk makan masa rehat petang-petang ni kau boleh cari kek, pau kacang atau biskut ringan tak lebih dari 3 keping.

5. Makan malam
Di antara waktu 6-8 malam kau dah mesti makan malam. Terserah sama ada nak makan sama dengan menu tengahri atau nak ubah. Biasa malam saya akan makan bihun sup, mee sup ayam atau nasi berlauk sama macam tengahari.

Kuantiti tetap sama. Karbohidrat masih segenggam. Bihun sup separuh, mee sup separuh. Nasi pun separuh sahaja. Malam tak bagus kalau banyak sangat karbo.

6. Minum malam
Saya akan akhiri hari diet dengan minum susu kosong dan campur sedikit oat, kurma dan sedikit madu. Saya pilih susu omega (plastik warna merah. Makan tak ada sebab dah ada oat sikit. Epal pun baik. Simpan stok banyak banyak. Hehe

NOTA PENTING

Nota-nota lain yang perlu anda tahu mengenai diet saya.

  • Saya tidak makan apa-apa suplimen.
  • Dua bulan pertama tiada air manis masuk ke dalam mulut.
  • Sarapan adalah oat dan air suam sahaja. Korang boleh? Kahkah.
  • Walaupun diet kena ada cheats day untuk reset balik diet. Buat seminggu sekali sahaja.
  • Sebulan pertama tanpa senaman cardio dan hanya berjalan kaki 20 minit setiap petang saya berjaya hilangkan 5-7 kg.
  • Kualiti dan kuantiti makanan itu paling utama
  • Makan bersulam dengan air adalah dilarang. 30 minit selepas makan baru minum. Kalau pedas cukup seteguk dua.
  • Jangan tidur atau terus baring 2 jam pertama selepas makan.
  • Jangan tinggal buah.
  • Sardin, sos, kicap, budu, ikan kering dan seangkatan yang tinggi garam juga saya tak sentuh.
  • Akhir sekali jangan timbang kerap. Hahaha. Nak diet tak boleh stress. Kena layan dan santai sahaja. (Nanti saya kongsikan waktu bila sesuai timbang)

BAHAGI KUANTITI MAKANAN

Bahagikan portion makan dengan bijak

Kejayaan mengurangkan berat badan adalah bergantung kepada gaya pemilihan makanan yang bijak dan jumlah kuantiti yang betul.

Cara meletakkan kuantiti makanan seperti dalam pinggan ini sangat membantu. Hanya perlu masukkan jumlah yang tepat sahaja.

Ini adalah nutrisi yang memang perlu ada dalam setiap hidangan kita.

1. Karbohidrat ( Nasi putih, nasi perang atau roti)
2. Protein (Ayam, daging, ikan)
3. Fiber atau vitamin (Sayur, ulam-ulaman atau buah-buahan.

Dengan gabungan ketiga-tiga nutrisi ini ia sudahpun dapat menampung jumlah tenaga anda sehari-harian.

Dengan memilih makanan yang kurang minyak, rebus-rebusan atau jenis yang dipanggang anda sebenarnya sudah selangkah ke arah berat badan yang ideal.

Lagi banyak anda kurangkan makanan berlemak, masin dan berminyak, lebih cepat peratus untuk anda kurangkan berat badan anda.

Boleh lah cuba formula pinggan nutrisi ini.

Diet bukan tujuan. Matlamat kita adalah kesihatan yang berkualiti. Diet tidak ada ada pengakhiran dan ia adalah perjalanan hidup. Harap tip ini manfaat untuk korang semua.

Arif Sukri
Ustaz Fitness Nasional


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2gSdFIt
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2z6RHeZ
via merahhaticintaku.blogspot.my

Bercinta 5 Bulan Di WhatsApp, Bila "First Date" Gadis Gemuk Ini Ditinggalkan Bersama Roti Canai


Berkenalan hingga jatuh cinta melalui media sosial seperti sudah menjadi satu trend buat masyarakat zaman sekarang.

Segala-galanya memang indah namun perlu diingati, keikhlasan hati pasangan yang dikenali di media sosial itu hanya akan terbukti selepas pertama kali bersua muka.

Seperti kisah yang dikongsikan di akaun Twitter fara_zulaika, seorang gadis malang berkongsi pengalaman sedihnya ditinggalkan kenalan Twitter hanya kerana dirinya gemuk. 

Perkenalan mereka bermula di Twitter dan kemudian bertukar nombor telefon. Selepas hampir 5 bulan hanya "berchatting" melalui aplikasi WhatsApp, lelaki tersebut akhirnya mengajak wanita itu berjumpa.


Seperti yang dijanjikan, mereka berdua akhirnya bertemu di suatu tempat. Sebaik sahaja gadis itu masuk ke dalam kereta, lelaki tersebut hanya berdiam diri. Tidak lama kemudian, lelaki itu memberhentikan kereta di sebuah kedai mamak dengan alasan mahu beli roti canai. 


Selepas beberapa minit, dia meminta wanita itu turun mengambil roti canai yang dibungkus. Tanpa wanita itu sedar, rupa-rupanyanya lelaki tersebut sudah berlalu meninggalkannya seorang diri di kedai makan tersebut.


Menyedari kereta lelaki itu sudah tiada di tempat sebelumnya, wanita itu cuba menghubungi lelaki terbabit namun panggilan tidak dijawab. Tidak beberapa lama kemudian lelaki itu menghantar sms, ‘Sorrylah, dalam gambar aku ingat kau kurus, tengok-tengok gemuk. Hahahaha Best tak kena tinggal?’


Dasar jantan tak guna! Kesian gadis tersebut diperlakukan sedemikian rupa. Pengajarannya, janganlah mudah jatuh cinta dan menyerahkan sepenuh kepercayaan sebelum berjumpa individu yang dikenali di media sosial secara realiti. 

Kalau sudah dihina dan dipermainkan seperti gadis ini, pasti "frust" menonggeng. 

Sumber: CARI forum


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2yhOha1
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2z3bdHg
via merahhaticintaku.blogspot.my

Terangsang Lihat Wanita Berseluar Pendek, Lelaki Beronani Di Perhentian Lampu Isyarat


Malam kelmarin, terdapat seorang pengguna Facebook di Taiwan telah memuat naik sebuah video di 'Group Gossip' yang menunjukkan seorang penunggang motosikal beronani sambil melihat seorang penunggang wanita yang berhenti di sebelah motosikalnya ketika menunggu di depan lampu isyarat. 

Paparan video jelas kelihatan penunggang wanita tersebut yang memakai seluar pendek langsung tidak sedar penunggang lelaki tersebut yang berada di sebelahnya itu bertindak ghairah mengeluarkan kemaluannya dan melancap di khalayak seolah-olah terangsang dengan cara pemakaian wanita tersebut. 


Lebih melampau, lelaki tersebut dilihat cuba mengerakkan motosikalnya untuk mendekati wanita itu. Namun belum sempat dia bertindak, lampu isyarat telah bertukar menjadi lampu hijau dan penunggang lelaki itu barulah berhenti beronani. 

Netizen yang menonton video itu rata-rata mengecam tindakan penunggang motosikal lelaki tersebut dengan memberi komen "Sememangnya psiko dan menjijikkan", "betul ke begitu ketagih", "pandai mengguna masa", "individu psiko yang cukup berani", "wanita di sebelah itu berisiko tinggi" dan sebagainya.

Ada juga yang berkata akan membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

Sumber: CARI


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2zVQXqh
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2xGve4X
via merahhaticintaku.blogspot.my

5 Makanan Yang Dapat Menyingkirkan Uban Secara Semulajadi


Helai-helai rambut putih atau uban akan muncul bila usia kita semakin tua. Namun, ada juga uban yang tumbuh lebih awal pada usia yang masih muda.

Uban yang muncul pada usia muda ini boleh jadi petanda bahawa anda kekurangan nutrisi atau kerana faktor genetik.

Mewarnakan uban dengan inai atau pewarna menjadi salah satu cara untuk melindungi masalah rambut ini namun melakukannya terus menerus sudah tentu memenatkan dan kurang baik untuk kesihatan rambut.

Tapi ada lagi satu cara mengatasi masalah uban ini iaitu dengan meningkatkan nutrisi tubuh. Berikut adalah jenis makanan yang mampu memberi khasiat pada rambut dan mengelakkan timbulnya uban pada usia muda.

Menerusi Vanillakismis.my, kami kongsikan kepada anda 5 jenis makanan yang boleh menyingkirkan uban secara semulajadi.


1. Sayuran hijau

Pengambilan sayur berwarna hijau pekat untuk mendapatkan khasiat vitamin B adalah penting. Kulit kepala memerlukan vitamin B-6 dan B-12 untuk menghasilkan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen serta nutrisi.

Warna rambut juga berkaitan dengan hormon dan vitamin B-2 memainkan peranan penting dalam penghasilan hormon.

2. Coklat

Unsur dalam coklat diperlukan untuk menghasilkan melanin, sumber warna rambut. Selain itu anda boleh memperoleh zat yang sama dalam kacang dal atau cendawan.

3. Salmon

Ikan salmon ini memang baik untuk kesihatan termasuk rambut. Unsur selenium dalam salmon membantu menghasilkan hormon yang penting bagi rambut. Proses ini juga membantu mineral memerangi radikal bebas yang mengakibatkan kemunculan uban.

4. Buah beri

Buah-buahan jenis beri, terutama strawberi mampu meningkatkan penyerapan vitamin C yang membantu penghasilkan kolagen selain memerangi radikal bebas.

5. Almond

Anda juga makan kacang almond sebagai kudapan mendapat khasiat vitamin E. Di samping itu almond juga bermanfaat menurunkan kadar kolesterol jahat dalam darah.

Semua makanan ini bukan saja baik untuk rambut malah berkhasiat untuk kesihatan tubuh juga, jadi tak rugi jika mengamalkannya.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2gZfHdi
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2z0f0Yp
via merahhaticintaku.blogspot.my

Ramai Tak Tahu Bahaya Merendam Uncang Teh Terlalu Lama!


Terdapat banyak jenama teh uncang yang terdapat di pasaran Malaysia dan sudah tentulah ia sentiasa menjadi minuman kegemaran ramai golongan masyarakat.

Teh sememangnya telah diakui di seluruh dunia sebagai minuman yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan. Malangnya, beberapa ketika yang lalu kita dikhabarkan bahawa teh timbang yang terdapat di pasaran mengandungi bahan pewarna yang berlebihan yang boleh menyebabkan kanser.

Maka terdapatlah cadangan ramai pihak supaya masyarakat bertukar dari teh timbang kepada teh uncang. Namun, kita harus sedar bahawa teh uncang juga mempunyai kelemahan serta kesan buruk yang tersendiri, cuma kita kena berhati-hati ketika menyediakan teh uncang.


Jangan Mencelup Uncang Teh Lebih Dari 3 Minit

Teh uncang sebaiknya tidak boleh dicelupkan serta ‘direndam’ terlalu lama disebabkan adanya kandungan klorin dalam uncang kertas teh.

Fungsinya adalah untuk melindungi kertas uncang teh daripada bakteria dan juga berfungsi sebagai pengawet, agar teh lebih tahan lama.

Masalahnya, klorin dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan banyak keburukan dan kesan negatif kepada badan manusia. Antaranya ialah kanser, mandul dan banyak lagi.

Jika mencelup uncang teh lebih dari 3 hingga 5 minit, klorin akan larut bersama dan banyak khasiat teh akan ‘hilang’ akibat kehadiran klorin yang tinggi dalam minuman.

Agar terhindar dari kesan jangka masa panjang, sebaiknya jangan mencelup uncang teh lebih dari 3 minit. Semoga memberi manfaat.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2xFto4h
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2yhpKBZ
via merahhaticintaku.blogspot.my

FAM Kena Denda RM127,000 Akibat Laungan "Anjing" Oleh Penyokong


GARA-GARA perkataan "anjing" yang dilaungkan oleh penyokong pasukan Malaysia kepada penyokong dari Singapura dan Brunei, semasa perlawanan bola sepak Sukan SEA 2017 tempoh hari, Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah dikenakan denda sebanyak USD30,000 (RM127,000) lapor sumber berita Singapura.

Jawatankuasa disiplin Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) dilapor telah mengenakan hukuman denda berjumlah USD15,000 (RM63,502) bagi setiap kesalahan yang telah dilakukan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan sebanyak dua kali semasa perlawanan Brunei menentang Malaysia pada 14 Ogos dan semasa Singapura berdepan dengan Malaysia dua hari kemudian menurut AFC.


Laman sesawang rasmi AFC mendedahkan antara laungan yang dinyanyikan penyokong Malaysia termasuk "kami datang ke Shah Alam, satu jiwa yang menyokong Malaysia, anjing Brunei patut dibunuh," ketika perlawanan Malaysia menentang Brunei.

Satu lagi laungan yang didedahkan oleh AFC ialah ketika Malaysia menentang Singapura — "kami turun ke Shah Alam, satu jiwa yang menyokong Malaysia, anjing Singapura patut dibunuh,".

FAM turut didenda bagi kesalahan ketiga, akibat tindakan penyokong membakar mercun pada minit ke-87 ketika aksi separuh akhir Malaysia berdepan Indonesia di Stadium sama, pada 26 Ogos 2017.

Bagi kesalahan itu, FAM diperintahkan untuk membayar denda sebanyak USD7,500 (RM31,717) akibat melanggar Artikel 65.1 yang dibaca bersama Artikel 64.1 Kod Tatatertib Etika AFC.

Seterusnya, FAM turut didenda atas tindakan penyokong yang membaling antara 50 hingga 60 botol minuman ke dalam padang ketika perlawanan peringkat kumpulan B antara Indonesia dan Kemboja.

FAM selaku penganjur telah didenda sebanyak USD5,000 (RM21,145) bagi kesalahan membawa kepada jumlah keseluruhan denda yang dikenakan kepada USD42,500 (179,732).

Sumber: milosuam.net


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2A4pHqD
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2lwvQsa
via merahhaticintaku.blogspot.my

Isteri Harith Iskander Jadi Wanita Pertama Memegang Phd Jurusan Bidang Kejuruteraan Tisu


Nama Harith Iskander memang tidak asing lagi dalam industri tanah air. Dikenali sebagai pelawak yang selamba, tidak hairanlah Harith pernah memenangi tempat pertama dalam pertandinganFunniest Person In The World yang berlangsung di Hullu Poro Arena, Levi, Finland.

Terbaru, ucapan Harith Iskander sempena kejayaan isterinya, Doktor Jezamin Lim mendapat perhatian netizen. Bayangkan Doktor Jezamin Lim antara wanita pertama yang memegang ijazah PhD dalam bidang Kejuruteraan Tisu. Fuh dengar pun memang tahu susah. Terbaik!

Saya sangat bangga dengan dia – Harith


This is the most amazingly resilient woman I know. 6 years ago she embarked on a journey to complete a PhD in Stem Cell and Tissue Engineering. Along the way she had THREE beautiful kids, produced TWO international comedy festivals and lead ONE Malaysian comedian (thats me ?) to become Laugh Factory’s Funniest Person In The World. Today she became the first woman PhD holder in her tissue engineering field. I’m so proud of her – she is a shining example that you can achieve anything you put your mind to. @drjezaminelim youre my hero


Menerusi ucapan Harith Iskander, dia melahirkan rasa bangga dengan kejayaan isterinya. Ucapan Harith Iskander menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata turut sama menjadikan kisah mereka sebagai inspirasi.

Anak-anak inspirasi saya


When my wife began her PhD journey 6 years ago it was just her and me. These 3 munchkins were there to see her at her convocation. She explains their part in her life @Regrann from @drjezaminelim – My three PhD kids, my pillar of strength. If your goal is to further your studies go for it. They are the reason why I kept moving forward. I had no time to waste. My children were there to inspire me, they were and will forever be my coach. I want them to grow up with the knowledge that if you put your heart to it, you can achieve anything you want. Honestly, without them, I might not complete on time. Ice cream on mummy today! They are my motivation, never ever my excuse. #konvoukm2017@iskanderkids

Mungkin ramai di luar sana menganggap ianya perkara sukar untuk meneruskan cita-cita kerana komitmen bersama keluarga. Namun, Doktor Jezamine buktikan dia mampu menamatkan pembelajarannya disamping suami dan anak anak. Doktor Jezamine turut memberitahu bahawa anaknya merupakan sumber inspirasi buatnya untuk berjaya.
Ramai kagum


Ucapan tahniah dari kami. Memang terbaik kisah mereka. Jangan jadikan alasan keluarga untuk tidak berjaya!

Sumber: OHBULAN


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2zUyn1V
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2z83Osc
via merahhaticintaku.blogspot.my

5 Pekerjaan Professional Paling Aneh Yang Mendapat Pendapatan Lumayan!!


Semua orang memerlukan pekerjaan bagi mendapatkan sumber pendapatan, jika dia tidak mahu melibatkan diri dengan perniagaan. Ada banyak jenis pekerjaan yang ada dan kesemuanya bergantung kepada kelulusan dan kemahiran kita dalam sesuatu bidang.

Bidang professional menjanjikan tawaran gaji yang lebih baik berbanding bidang-bidang lain namun tempatnya pula terhad. Bagaimana pula jika ada kekosongan dibuka untuk jawatan-jawatan dibawah? Adakah anda berani mengisi kekosongan jawatan tersebut?

Berikut adalah 5 jawatan professional yang jarang kita dengari namun wujud di serata dunia.

1. Pelompat tilam professional


Jawatan ini memerlukan seseorang yang terlatih untuk melompat di atas sekurang-kurangnya 3 tilam sehari bagi meningkatkan kualiti tilam tersebut. Menurut Reuben Reynoso, melompat tilam memerlukan kemahiran bagi memahami apa yang sedang dilakukan. Tilam mewah pada peringkat akhirnya mempunyai beberapa lapisan kapas yang perlu dipadatkan dan Reynoso adalah pakar dalam bidang tersebut. Semua tilam perlu diletakkan alas dan pada setiap tilam, akan dibahagikan kepada grid. Reynoso akan melakukan beberapa rutin lompatan yang diperlukan ke atas tilam tersebut bagi memadatkan lapisan kapas di atas tilam tersebut.


2. Pengasah pensil professional


Dengan bayaran USD15 (RM65) David Rees daripada Artisanal Pencil Sharpening akan mengasah pensil kesayangan anda dengan sempurna. Bagaimana pengasahan dilakukan? Pelanggan boleh menghantar pensil yang diperlukan asahan dan David dengan cermat dan teliti, akan mengasah pensil tersebut.Pensil yang siap diasah akan dimasukkan ke dalam tabung tiub untuk menjaga kualiti pensil tersebut sebelum menghantar semula pensil tersebut sekali dengan sijil pengesahan ketulenan beliau.

3. Tukang uji makanan professional Presiden Vladimir Putin


Ada ura-ura mengatakan Presiden George Bush akan mengarahkan dua pegawai FBI merasa makanan yang akan dimakannya sebelum dia makan, namun bagi Presiden Russia, Vladimir Putin, beliau melantik seorang pakar pemakanan bertauliah berpangkat Doktor. Doktor ini perlulah menjalankan ujian bagi setiap makanan dan minuman yang akan dimakan oleh Putin, merasanya sendiri sebelum menghidangkan hidangan itu pada Putin.

4. Pengumpul air kencing rusa professional



Pemburu ramai menggunakan air kencing rusa sebagai umpan ketika memburu rusa dan air kencing rusa paling mujarab adalah air kencing ketika rusa hendak mengawan. Bekalan air kencing ini semua selalunya datang dari seorang pengumpul bernama Judi Collora.

Menurut beliau, tugas mengumpulkan larutan kencing rusa bukannya mudah. Tugasnya amat bergantung dengan musim dan amaun yang diperolehi turun naik dan sedikit aneh kerana untuk mendapatkan sampel terbaik, dia perlu cepat-cepat mengumpulkan air kencing rusa yang baru lepas mengawan.

5. Pengumpul bola golf professional


Perlu menyelam selama 4 hari dalam seminggu, Forest W.S. mempunyai karier yang sama dengan hobinya, menyelam namun Forest menyelam untuk mengutip bola golf yang dipukul keluar kawasan. Secara purata, dalam sehari jumlah bola golf yang dikutip sekitar 4000 biji.

Sebiiji bola golf itu pula dijual semula kepada peminat sukan tersebut pada harga 7 ke 12 sen sebiji. Dengan anggaran tersebut, Forest mengatakan pendapatannya setahun adalah sekitar USD100 ribu atau RM440 ribu.

Duitnya nampak mewah, tetapi kerja ini bukan mudah. Salah satu risiko yang dihadapi adalah apabila pemain golf menyangkakan beliau adalah buaya dalam air yang hampir menyebabkan dia dipukul dengan kayu golf.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2A2UKTv
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2z2ngVc
via merahhaticintaku.blogspot.my

Lelaki Rogol 2 Wanita, Bunuh Dan Cincang Badan Mereka Untuk Dijadikan Makanan Anjing


DUA wanita di Volzhsky, Russia, dibunuh kejam dengan ada anggota tubuh mereka dicincang dan diberi makan anjing oleh bekas pesalah jenayah rogol, serangan seksual dan rompakan.

Menurut Daily Mail, Alexander Maslennikov, 31, yang dibebaskan dari penjara Mei lalu, selepas menjalani hukuman 11 tahun penjara, mengaku membunuh dua wanita berkenaan sebelum memasukkan anggota tubuh mereka ke dalam mesin pengisar daging.

Dia kemudian dikatakan memberi anjing makan daging mangsa.

Polis menyiarkan rakaman video lelaki itu meninggalkan sebuah karaoke bersama Daria Labutina, 29, and Olga Shaposhnikova, 28, ke rumahnya, pada 13 Oktober lalu, sebelum mereka dilaporkan hilang.

Telefon bimbit mereka berhenti berfungsi pada hari berkenaan.

Polis masih menyiasat aspek lelaki berkenaan merogol dua wanita terbabit yang bekerja di sebuah pasar raya sebelum menikam mereka hingga mati, memotong tubuh mangsa dalam bilik air dan memasukkannya ke dalam mesin pengisar.


Dua wanita terbabit minum bersama Alexander di rumahnya sebelum lelaki itu menikam mereka selepas Daria dan Olga enggan melakukan seks dengannya.

Penyiasat kanan kes itu, Alexander Minaev, berkata: “Maslennikov mengaku melakukan jenayah itu dan memberi petunjuk termasuk lokasi dia menyembunyikan mayat mangsa.”

Menurut The Mirror, tubuh seorang mangsa dipotong kepada 20 bahagian dan polis menemui anggota tubuh dua wanita itu dalam hutan berdekatan.


Petikan CCTV menunjukkan Alexander meninggalkan karaoke dengan mangsa dan kanan, pasukan penyiasat mengumpul cebisan mayat mangsa. - Foto Kementerian Dalam Negeri Russia/DM

Menurut laporan media Russia, mereka dilihat memasuki rumah lelaki berkenaan pada 5.45 pagi, 13 Oktober lalu. Tengah hari esoknya, Alexander dilihat membeli mesin pengisar daging dan selepas itu dia meninggalkan rumahnya membawa dua beg besar.

Pada 18 Oktober, polis meletakkannya dalam senarai orang dikehendaki berkaitan kehilangan dua wanita terbabit dengan ganjaran 700 ribu rubles (RM50,223).

Alexander berjaya ditahan di pinggir Moscow, hujung minggu lalu, ketika bersama seorang wanita yang bekerja sebagai pendandan rambut. Polis mengesyaki wanita itu bakal menjadi mangsa seterusnya.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2iiO0ZI
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2z0VwjK
via merahhaticintaku.blogspot.my

Tolak Sampai Jatuh, Pastu Blah Macam Takde Apa-Apa


HONG KONG, CHINA - Seorang lelaki warga emas berusia 56 tahun ditahan selepas didapati sengaja menolak seorang pekerja pembersihan sehingga terjatuh di atas landasan tren, lapor Daily Mail. 

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen Yuen Long menunjukkan, mangsa berusia 59 tahun sedang bercakap dengan rakannya di seberang platform. 

Dalam video yang telah viral meluas di media sosial itu, lelaki terbabit dengan selamba berjalan di belakang wanita berkenaan dan secara tiba-tiba menolak mangsa. 


Mangsa yang tidak sempat berbuat apa-apa, terjatuh dengan mukanya terhempap di landasan berkenaan, namun sempat melihat lelaki terbabit yang berlalu pergi dari tempat kejadian tanpa menoleh ke arahnya lagi. 

Bagaimanapun, mujur tiada tren yang lalu di landasan pada waktu itu dan mangsa berjaya diselamatkan serta dibawa ke hospital dan disahkan cedera di bahagian rahang mulut. 
Seorang lelaki berusia 56 tahun itu ditahan di kawasan berhampiran stesen itu tidak lama kemudian kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kes itu.





Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ii0S26
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2zUjrkn
via merahhaticintaku.blogspot.my

‘Berpakaian Sopan, Menutup Aurat, Pakai Stoking Bagai, Tetapi Goda Suami Aku Hantar Gambar Bogel!’ – Luahan Hati Isteri Yang Dikhianati


Sesiapa pun tidak menduga bahawa wanita yang kelihatan sopan dan alim rupanya mempunyai peribadi yang sangat teruk, apatah lagi apabila cuba untuk meruntuhkan rumahtangga rakan baik sendiri dengan menghantar gambar-gambar lucah kepada suaminya.

Kisah yang hendak dikongsikan ini akan membuatkan para isteri sama sekali tidak termakan kata-kata manis si suami. Mungkin ada dikalangan suami yang benar-benar setia dan sangat penyayang, namun kisah ini pula si suami nampak sahaja penyayang, namun mempunyai niat yang tidak baik disebalik kelakuan romantiknya itu.

Yang paling menyakitkan hati, apabila suami diketahui telah terlanjur dengan rakan baik sendiri! Isteri mana yang mampu menahan diri dari diperbodohkan dengan kelakuan romantik namun bersebab.

“Kawan sekolah menengah ku dulu namanya Ailopa (bukan nama sebenar) merupakan seorang guru sekolah rendah mengajar di bandar J, Sandakan dan berstatus janda anak dua. Kisahnya bermula apabila aku memperkenalkan dia kepada abang ipar yang merupakan seorang duda anak dua.

Pada mulanya, Ailopa menolak abang ipar disebabkan belum sedia untuk hubungan serious dan masih trauma dan sedih dengan kisah rumahtangga sebelumnya.

Tetapi setelah beberapa bulan, Ailopa menyatakan bahawa hatinya telah terbuka untuk menerima abang ipar kerana sikap abang yang matang,warak dan budiman

Abang ipar menghantar risikan dengan mewakilkan kedua ibubapa aku merisik Ailopa kerana dia telah yatim piatu, manakala rumah orang tua Ailopa terletak tidak jauh dari rumah keluargaku.


Yang aku tak sangka,Suami meminta akaun Facebook dan nombor telefon Ailopa, aku fikir itu untuk hubungan perkenalan biasa dengan bakal iparnya.Lagipun Ailopa merupakan seorang guru, suami menyatakan bahawa,dia ingin menanyakan sesuatu tentang pendaftaran anak ke sekolah.

Sejurus sebelum hari merisik, Ailopa tiba-tiba buat hal dan tidak mahu majlis merisik diteruskan. Namun abang ipar bertegas untuk meneruskan rancangan asal.

Sebentuk cincin dibawa untuk merisik. Pada hari kejadan, banyak kali call Ailopa namun tidak berjawab.Sepatutnyanya pada hari tersebut Ailopa akan sampai ke rumah orang tuanya, namun batang hidungnya langsung tidak kelihatan. Hajat abang ipar disampaikan kepada orang tua Ailopa dan cincin ditinggal kepada keluarganya.

Aku pula jalani kehidupan harian seperti biasa, namun… pada suatu hari aku terlihat secara tidak sengaja log call nombor yang sama berulang kali dan tesenarai dalam favorite number hp suami.Dari situ aku mula menyelidik dan hasilnya sangat tidak ku sangka.Ku sangka kambing tapi rupanya babi hutan yang menganggu kebun ku.


Rupanya suami ku sedang angau bercinta dengan perempuan bernama Ailopa tu, kawan ku sendiri yang ingin dijodohkan dengan abang ipar. Patutlah suami berlagak sangat manja dengan ku kebelakangan ini. Rupa-rupa ada sesuatu.


Perasaan sedih, kecewa, pilu dan sumpah makian semuanya tersembur keluar dari mulut ku. Sanggup kawan yang ku anggap baik lagi muslimah mengoda suami ku.Setiap hari suami ku akan dibekalkan dengan gambar-gambar menghairahkan separuh bogel, sebelum dia pergi bertugas di sekolah. Tiada maruah dan jijiknya aku melihat tindakan Ailopa yang sangat terdesak mengoda lelaki dengan kata-kata manja dan gambar lucahnya.


Lebih teruk dari pelacur, kerana pelacur terang-terangan berlagak pelacur tapi dia pada pandangan umum adalah ibu, guru dan wanita muslimah baik bertutup litup berstokin bagai. Tidak mustahil mereka telah melakukan seks bersama, melihat kepada bait-bait kiasan message mereka.

Mungkin semua lelaki yang ingin bersamanya dilayan begitu dan bagiku dia sangat berani memberikan gambar-gambar lucah diri sendiri kepada lelaki. Kesian orang tua Ailopa, beriya memuji dan memberitahu kami bahawa Ailopa itu anak mereka yang paling bagus, baik dan tidak banyak buat masalah.

Dari message-message mereka dapat ku agak mereka sehati ingin hidup bersama dan sama-sama berpakat untuk menipu aku, jika aku mengsyaki mereka. Suami pun menyatakan rasa menyayangi Ailopa dan sanggup menjaganya dan anak-anak. Tergamaknya suami ku yang hari-hari mencium ku dan mengucapkan ‘I love you’ pada ku, rupa-rupanya merancang hidup bersama perempuan lain dibelakang ku.

Jika mereka ingin hidup bersama maka biarlah aku undur diri. Semua gambar-gambar dan bukti aku simpan untuk ke Mahkamah. Ketika cerita ini ditulis, abang ipar masih belum tahu tentang kisah adik kandungannya ini dengan tunang tak jadinya tu.”

Sumber: http://ift.tt/2jstcxg


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2zlpodD
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hq4kbh
via merahhaticintaku.blogspot.my

Anak Harris Baba Cedera Terkena Lampu Siling Jatuh, Ingin Saman Butik LV


Siapa yang tak bimbang kalau melibatkan keselamatan anak-anak. Seperti penyanyi dan pelakon Harris Baba nekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah butik terkenal antarabangsa selepas anaknya cedera terkena penutup lampu siling yang jatuh di butik berkenaan.

Menurut Instagram akaun Harris, dia memuat naik gambar kecederaan yang dialami anaknya, Aleena Ziya. Kemalangan yang berlaku pada anak Harris yang berusia sembilan bulan melecur di muka dan tangan.


Menurut laporan dari Utusan Online, Harris telah membuat laporan polis dan bakal mengambil tindakan undang-undang.


“Saya sudah membuat laporan polis berhubung perkara ini dan sudah berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya ketika dihubungi Utusan Online


Dalam laporan tersebut memberitahu, akibat daripada kejadian tersebut, anaknya bukan sahaja melecur tahap dua malah dia dan isterinya juga berada dalam keadaan trauma. Tambahnya lagi, Aleena tidak berhenti menangis kerana kesakitan sehinggakan dia susah bernafas. Hal ini memyebabkan Harris dan isteri terpaksa berkejar ke 3 buah Hospital untuk dapatkan rawatan dari pakar kulit.

Sumber: Hangat.com


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2hqhntk
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2iMt15h
via merahhaticintaku.blogspot.my