Thursday, 3 August 2017

10 Hari Turun 16.6 Kg, Rahim Kongsi Rahsia Turun Berat Badan


Wah baru beberapa hari lalu kita dikejutkan dengan pencapaian pelawak dan penyampai radio, Rahim Sepahtu yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 13 kg dalam masa enam hari.

Terkini, hanya dalam masa 10 hari, Rahim telah berjaya menambah penurunan berat badannya sebanyak 16.6 kg.

Sungguh teruja dengan penurunan berat badan sebanyak itu. Berat terkininya adalah 108.8 kg daripada 125.4 kg.


Mari kita ketahui apakah rahsia Rahim sehingga berjaya menurunkan berat badan sebanyak ini dalam tempoh yang agak singkat.

1. Elak makan makanan manis dan masin

“Saya sudah berhenti minum air manis terutama minuman bikarbonat kerana saya tidak ambil gula langsung. Jika saya mahu rasa manis saya akan guna gula stevia sahaja. Kalau pergi kedai mamak, saya akan order air limau tanpa gula dan kemudian memasukan gula stevia yang saya bawa ke mana-mana. Makanan saya pun tiada garam atau perasa langsung,”

2. Tidak makan nasi

“Saya tak ambil nasi langsung sepanjang program ini. Jika saya mahu sangat makan nasi, saya hanya ambil brown rice sahaja. Brown rice pun saya ambil dalam dua sudu sahaja,”

3. Elak makan makanan berminyak

“Kalau saya makan ayam ia hanya direbus atau dibakar sahaja tanpa garam. Selain itu saya juga makan salmon grilled. Protein ini yang memberi saya tenaga kepada saya tiada langsung makanan bergoreng,”

4. Makan sayur

“Saya banyak makan salad untuk sayur kerana itu sahaja sayur yang tidak perlu dimasak selain ulam-ulaman,”

5. Lakukan senaman setiap hari

“Setiap hari saya akan berlari sekurang-kurangnya 3 kilometer (km). Selain berlari saya juga perlu melakukan beberapa senaman yang dibantu oleh coach seperti lompat bintang, sit-up, pumping dan sebagainya yang mengambil masa selama 2 jam,”

Tahniah diucapkan kepada Rahim atas kejayaannya menurunkan berat badan. Namun begitu masih jauh perjalanan yang harus ditempuh.


Semoga Rahim terus kuat dan bersemangat untuk turunkan berat badan dan hidup sihat.

Sumber: Astro Gempak


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2v3vnyF
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2wq8HZ1
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment