Sunday 2 July 2017

Suami Model Air Mineral Shell Tak Selesa Gambar Isterinya 'Dicabul' Lelaki Miang


Baru-baru ini beberapa gambar gadis air mineral Shell menjadi trending di media sosial kerana beberapa aksi yang melampaui batas. Suami model wanita yang menjadi poster popular Shell di media sosial kurang selesa melihat imej isterinya itu “dicabul.”

Memetik laporan mStar Online, Nor Shafila Khairusalleh, 25, bersyukur kerana suaminya memahami situasi sebenar yang harus ditempuhinya.

Beliau tidak kisah sangat dengan aksi “nakal” pelanggan-pelanggan lelaki, termasuk cium dan peluk tetapi bimbang dengan aksi keterlaluan.

“Kalau usik sikit-sikit macam tutup mata, tarik hidung atau peluk pun saya boleh terima lagi sebab ia hanyalah poster."

“...tapi kalau ke arah mencabul atau seks, saya anggap ia melampau."

“Mereka mungkin mahu bergurau, tapi saya rasa segan (malu) sebab itu diri saya walaupun ia hanya sekeping gambar,” katanya. Aksi pelanggan-pelanggan lelaki tersebut mendapat kecaman dari netizen yang rata-rata menganggap tindakan mereka itu agak bodoh dan keterlaluan walaupun ianya hanya sekeping gambar


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2tgGP9D
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2t7vGJM
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment