Friday, 28 July 2017

'Saya Tak Guna Sebarang Produk Ubatan Luar' - Mawar Nafi Guna Krim Calit² Terus Mengandung


PUTRAJAYA - Susulan viralnya screenshot laman Ikhtiar Hamil Krim Progesterone yang mendakwa, pasangan selebriti juga turut menggunakan krim calit-calit terus mengandung, selebriti berkenaan tampil menafikan dakwaan itu. 

Mawar Abdul Karim berkata, peniaga krim berkenaan bukan sahaja tidak meminta kebenaran untuk menggunakan namanya, tetapi juga memfitnahnya semata-mata mahu melariskan produk krim calit-calit terus mengandung. 

"Tak baiklah mereka cerita yang tak betul ini. Janganlah nak gunakan nama kami untuk kepentingan anda berniaga. 

"Sudahlah tak minta kebenaran kami, kata kami guna produk anda. Malah anda telah menipu pelanggan yang tidak bersalah dan menganiaya orang. 

"Jadi kepada pelanggan semua, kami tidak menggunakan sebarang produk ubatan luar kecuali treatment dengan doktor sahaja," jelas kenyataannya di laman Instagram, semalam. 

Orang ramai dinasihatkan tidak mencuba sebarang produk yang tidak diketahui sama ada kandungannya selamat atau sebaliknya.

Bagi wanita yang mempunyai masalah sukar hamil atau berkaitan kesuburan dinasihatkan untuk berjumpa dan mendapatkan nasihat dari Pakar Sakit Puan. Bukannya bertanya pada peniaga yang tidak mempunyai tauliah yang rata-rata hanya mahu melariskan jualan produk dan keuntungan, tanpa memikirkan kesan dan akibatnya yang berlaku kepada pengguna.

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2uHLXUS
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2tOYJ6I
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment