Wednesday 26 July 2017

Tindakan 'Berani Mati' Tentera Mesir Menyelamatkan Banyak Nyawa [VIDEO]


JIKA bukan tindakan berani kru kereta kebal tentera Mesir merempuh kereta yang sarat dengan bom, lebih ramai mangsa yang akan terbunuh dalam serangan bom kereta terhadap pusat pemeriksaan tentera di Sinai Utara, semalam.

Bagaimanapun, tujuh orang awam, termasuk dua kanak-kanak terbunuh dalam serangan itu, namun jumlahnya pasti lebih besar jika kru kereta kebal terbabit tidak bertindak demikian.

Kru terbabit yang mengesan sebuah kereta dipandu laju menuju pusat pemeriksaan itu, segera memecut kereta kebal mereka ke arah kereta berkenaan yang kemudiannya didapati membawa empat lelaki bersenjata serta 100 kilogram bahan letupan. Orang ramai dilihat bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Kereta kebal itu merempuh kereta berkenaan menyebabkan ia terhenti dan ketika ia mengundur, kereta terbabit meletup.

Jurucakap tentera Mesir berkata, sehingga 50 orang awam dan anggota tentera terselamat dengan tindakan kru kereta kebal terbabit.

“Ini langkah terbaru bagi menghalang serang bom kereta pengganas.

“Tentera Mesir bersedia melakukan pengorbanan seperti ini demi menyelamatkan rakyat dan mempertahankan kedaulatan,” katanya.

Mesir menghadapi serangan pemberontak yang disokong kumpulan Negara Islam (IS).

Pengganas melancarkan beberapa serangan terhadap tentera dan polis Mesir, termasuk serangan di satu pusat pemeriksaan di Sinia pada 7 Julai lalu, menyebabkan 21 tentera terbunuh.


Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2eNx2nZ
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2vIzPDc
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment