Sunday, 30 July 2017

Bagaimana Meminum Air Lemon Dengan Cara Yang Betul Setiap Pagi Boleh Mendapat Khasiat Dan Manfaatnya


Sebiji buah lemon memberi khasiat kesihatan kepada tubuh badan kita. Ada banyak kegunaan yang boleh dimanfaatkan dari sebiji lemon. Dan kita semua tahu air lemon yang diminum setiap pagi selepas bangkit dari tidur dapat memberi tenaga pada tubuh badan dan kesihatan yang baik.

Para pakar menyatakan yang kita perlu meminum air lemon setiap hari kerana jus dari lemon itu mengandungi kandungan nutrien antioksida, protein , vitamin B dan C, flavanoid, posporus, potasium, karbohidrat dan minyak berkhasiat.

Jus lemon yang sangat menyihatkan ini boleh bertindak sebagai antibakteria, antiviral dan membina sistem imun yang lebih baik. Ia juga menaikkan tahap ketahanan dalam sistem imun, melawan sebarang jangkitan penyakit oleh kerana ia mengandungi tahap bioflavonoids, pectin dan limonen yang tinggi. Ia juga mengandungi kandungan asid sitrik, kalsium, magnesium serta vitamin B dan C yang tinggi.

Apabila anda meminum segelas air lemon yang suam dengan perut yang masih kosong setiap hari pada waktu pagi ia akan membantu anda membuang toksin di dalam badan, melancarkan sistem penghadaman, mengurangkan rasa lapar dan membantu mengurangkan berat badan. Ia juga membantu membina alkali dengan menyeimbangkan kadar pH di dalam badan.

Adakah anda tahu dengan meminum satu cawan dengan jus lemon yang segar setiap hari ia akan membekalkan 187 % pengambilan vitamin C yang disyorkan dalam sehari.

Malangnya , kebanyakan dari kita akan melakukan kesilapan yang biasa apabila menikmati segelas air lemon iaitu dengan membuang kulit buah lemon dan mengambil jusnya sahaja.

Perlu diketahui bahawa kulit lemon merupakan bahagian pada buah lemon yang paling berkhasiat sekali dan apabila kita membuang kulit lemon ia merupakan satu kesilapan yang besar.

Secara rutin apabila mahu meminum air lemon , kita akan menghiris sebiji lemon, memerahnya ke dalam botol atau jag dan meminumnya sama ada panas atau sejuk dengan membuang kulitnya.

Dan ini adalah satu cara yang salah dan di sini ditunjukkan cara menyediakan resepi air lemon yang betul:

  1. Ambil 2 biji yang segar sebaiknya yang organik.
  2. Potong dengan hirisan yang halus mengikut kehendak anda.
  3. Perahkan hirisan lemon itu tadi menjadi jus di dalam sebuah bekas.
  4. Setelah itu , parutkan kulit lemon yang telah diperah tadi ke dalam air lemon.
  5. Anda boleh meletakkan lebihan hirisan lemon tadi di dalam botol pengisar, mag atau cawan kembara.
  6. Penuhkan bekas jus lemon itu dengan air panas untuk air lemon yang panas atau dengan ais menjadi air lemon yang sejuk. Letakkan sedikit madu untu menambah kemanisan jika mahu. Atau boleh sahaja diminum kosong .

Pakar pemakanan menyatakan yang air lemon akan dapat memperbaiki proses penghadaman . Ia juga membantu melambatkan penyerapan makanan, di mana ia dapat mengekalkan tahap penyimpanan insulin di dalam badan dan memastikan badan menyerap zat makanan dan mengeluarkan toksin yang tidak diperlukan oleh badan. Ia juga memberikan tenaga yang diperlukan pada waktu pagi untuk kita memulakan hari dengan baik dan mengurangkan kadar penyejatan air di dalam badan.

Jadi pastikan kita meminum air lemon setiap hari untuk kesihatan badan yang lebih baik. Pastikan anda mendapat zat dari air lemon dengan parutan kulitnya sekali.

Sumber: Era Baru


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2v9TuhX
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2vjxx0d
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment