POLIS menahan lima remaja lelaki berusia 13 hingga 18 tahun kerana dipercayai merogol bergilir-gilir remaja perempuan berusia 15 tahun di bangunan usang di Manggatal, Kota Kinabalu, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 3 petang, selepas mangsa dibawa oleh lima rakan lelaki yang baru dikenalinya melalui aplikasi WeChat tiga minggu lalu.
"Siasatan mendapati mangsa mulanya menemui lima suspek di sebuah taman di Manggatal sebelum suspek terbabit mempelawa mangsa ke sebuah bangunan usang di sekitar Manggatal.
"Mangsa mendakwa dipaksa mengikut suspek ke bangunan usang dengan berjalan dan ketika dalam perjalanan mangsa cuba melarikan diri, namun suspek menghalangnya dan berjanji untuk menghantar mangsa pulang ke rumah," katanya, hari ini.
Chandra berkata, sebaik tiba di bangunan usang itu mereka hanya berbual-bual kosong sebelum suspek memaksa mangsa baring di lantai.
"Mereka kemudian berbual-bual dalam masa 2 hingga 3 minit sebelum kelima-lima suspek bertindak merogol mangsa bergilir-gilir.
"Hasil maklumat orang awam dan risikan polis, semua lima suspek berjaya diberkas polis dalam tempoh masa tidak sampai 24 jam selepas laporan diterima 26 Julai lalu.
"Semua suspek berusia 13 hingga 18 tahun direman untuk siasatan lanjut selama tujuh hari bermula Jumaat lalu hingga 3 Ogos depan," katanya.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol secara berkumpulan. Sehubungan itu, orang ramai terutama ibu bapa dinasihatkan supaya tidak membiarkan anak terutama perempuan berjalan seorang diri bagi mengelak mereka daripada menjadi mangsa rogol," katanya.
Sumber: Harian Metro
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2uKs7dk
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2tOwuRE
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment