Monday, 31 July 2017

Kes Pukul Anggota Polis di Nilai 3 Ketika Jual Beli Karpet: 8 Lelaki Pakistan Ditahan Polis


KUALA LUMPUR, 31 Julai: Lapan lelaki Pakistan yang dipercayai terlibat dalam kes pukul dua anggota polis di sebuah kedai karpet di Kawasan Perindustrian Nilai 3, Negeri Sembilan semalam sudah pun ditahan polis.

BH Online melaporkan, kejadian itu dipercayai berpunca dari salah faham ketika tawar menawar harga pembelian karpet antara keluarga anggota polis dan warga Pakistan yang juga pemilik kedai tersebut.

BH Online juga berkata mereka difahamkan warga Pakistan itu dipercayai memanggil beberapa rakan untuk mengepung kereta yang dinaiki anggota polis itu sebelum memukul mereka.

Polis berkata, siasatan masih lagi dijalankan bagi mendapatkan situasi sebenar sebelum mengenalpasti mereka yang bersalah.

"Siasatan kes ini dijalankan mengikut peruntukan undang-undang yang ada tanpa mengambil kira mereka yang terbabit adalah anggota polis atau orang awam, kita tidak akan berkompromi." kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

"Saya juga ingin mengingatkan kepada mana-mana warga asing yang berada di negara ini supaya menghormati undang-undang ditetapkan dan tidak mengambil tindakan sesuka hati," katanya dalam sidang media di Bukit Aman.

Semalam, mangsa yang juga anggota polis Bukit Aman dilaporkan pergi ke sebuah kedai karpet bersama keluarga untuk membeli karpet dan berlaku salah faham semasa mereka menjalankan urusan pembelian.

Sebaik mangsa meninggalkan kedai berkenaan, seorang lelaki warga Pakistan dipercayai pekerja kedai terbabit secara tiba-tiba menahan kereta dinaiki anggota polis terbabit sebelum kira-kira 10 lagi warga Pakistan datang dan berlaku pergelutan.

Pada masa ini siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Sumber: Siakapkeli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2tWBYO6
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2wdXlqO
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment