Sunday, 30 July 2017

Aliff Akhirnya 'Berdamai' Dengan Isteri Selepas Dibebaskan Daripada Tahanan


PENYANYI dan pelakon Aliff Aziz mengesahkan sudah berdamai dengan isterinya Bella Astillah selepas dibebaskan atas jaminan polis, semalam.

Aliff ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia bersyukur dibebaskan daripada tahanan dan Bella sudah memaafkannya.

"Maafkan saya sebab tak menjawab sebarang panggilan semalam. Bukan sengaja, tapi saya sibuk menguruskan perkara lain.

"Apa saya boleh katakan, ini membabitkan hal rumah tangga kami. Tidak semua yang tular itu betul. Sebagai lelaki, saya berani akui kesilapan diri. Apa saya buat silap, saya mengaku.

"Setiap manusia pasti buat salah. Saya dah mulakan hidup baru. Apa orang nak cakap sekalipun, saya terima dan kena hadap," katanya.

Aliff turut menjelaskan dia sudah pulang ke rumah sejak semalam untuk bertemu isteri, anak dan keluarga mentuanya.

"Ketika berjumpa Bella, saya terus minta maaf. Alhamdulillah dia memaafkan saya. Macam mana sekali pun saya tetap suaminya.

"Ingin dijelaskan juga saya bukan kaki pukul seperti dihebohkan. Saya tak memukul Bella pun. Malah dalam laporan polis, Bella tak cakap pun perkara itu. Bergelut dan belasah dua perkara berbeza.

"Memang betul saya buat salah, tapi dia tahu saya takkan sampai ke tahap itu. Berita tak betul seperti itu membuatkan Bella terkilan," katanya.

Bagi menjawab segala persoalan mengenai isu ini, Aliff dan Bella bakal mengadakan satu sidang media khas di Bukit Jelutong, Shah Alam, esok.

Menurut Aliff, pada sesi itu dia akan menjelaskan perkara yang patut sahaja terutama membabitkan rumah tangganya.

"Saya berharap apabila berjumpa rakan media esok semua orang akan jelas dan faham. Tidak ada lagi cerita yang bukan-bukan diperbesar-besarkan. Saya pun kalau boleh tak nak isu ini berpanjangan.

"Saya yakin akan ada soalan yang menyentuh pihak lain. Saya nak maklumkan awal-awal, perkara itu memang takkan diperkatakan. Bagi saya perkara ini membahayakan.

"Saya pun tak berhubung dengan pihak sana dan tak tahu apa tindakan mereka. Apa yang penting adalah rumah tangga dan keluarga saya sekarang," katanya.

Terdahulu, Aliff yang ditahan sejak Khamis lalu atas dakwaan mengasari isterinya, dibebaskan dengan jaminan polis pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, suspek diberi jaminan selepas proses siasatan selesai.

Anak seni kelahiran Singapura itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2v8tsLP
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2vUWFHE
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment