Thursday, 27 July 2017

Isu Palestin: Armand Terasa Ke? 'Maaflah naa' - Siti Nurhaliza


KUALA LUMPUR: Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah diminta tidak terasa dengan kenyataan mana-mana pihak yang kuat ‘bergaduh’ untuk dihantar ke Palestin.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza berkata komen beliau itu diberikan tanpa menyatakan sebarang pihak apatah lagi menamakan Armand sebagai individu di dalam komen berkenaan.

“Saudara Armand terasakah? Saya tidak sebut nama pun,” katanya ringkas dalam balasan catatan Instagram terbaharu Armand.


Komen yang ditinggalkan oleh Datuk Siti Nurhaliza di Instagram Armand

Pada pagi Khamis, Armand meminta Siti untuk bertanya kepada suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) bila hendak ke Gaza Palestin dan membantu rakyat di sana.

Jelasnya, Siti harus tahu, pihaknya sendiri sudah beberapa kali dan sememangnya berani ke Gaza Palestin dalam misi menghulur bantuan.

Dalam pada itu, Siti Nurhaliza meminta maaf seandainya ada pihak yang terasa di atas komennya pada sebuah gambar di Instagram Yassin Sulaiman.


Gambar tersebut memaparkan kekecohan yang berlaku antara Pemuda Parti Pribumi Bersatu (Armada) dan Pemuda UMNO pada 25 Julai lalu.

Ia dikatakan bermula selepas sekumpulan anggota Armada menghantar jemputan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0.

Ia bertukar kecoh apabila mereka dikatakan dihalang oleh sekumpulan anggota Pemuda UMNO.

Laporan media melaporkan dalam kejadian itu, Ketua Penerangan Armada Bersatu, Ashraf Mustaqim mendakwa dia turut ditumbuk.

Sementara itu, Armand menerusi satu catatan Twitter turut berkata: " Bila mahu ke Gaza Palestin, bukannya sekadar mengikuti ejen pelancongan ke Tebing Barat, Palestin.


Pada awal tahun ini, Siti ke Palestin dan turut diberi peluang untuk masuk ke dalam Masjid Al-Aqsa dan melihat sendiri Mihrab Zakaria.

Sumber: Astro Awani


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2v1DuOt
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2h5vvug
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment