Sunday 2 July 2017

Remaja Rogol Dan Menyembelih Dua Kanak-Kanak Dengan Kejam


Indonesia - Dua orang kanak-kanak telah ditemui dalam keadaan yang amat mengerikan apabila mereka di perkosa serta di sembelih.

Kanak-kanak tersebut dikatakan merupakan penduduk di Tasik Malaya dan masing-masing berusia 11 serta 10 tahun.

Sebelum ini kedua ibu bapa kanak-kanak terbabit telah membuat laporan bahawa anak mereka telah hilang sejak dari hari Jumaat yang lepas dan masih belum di jumpai.

Keluarga kedua-dua kanak-kanak terbabit berkata yang mereka telah merasa seperti ada sesuatu yang menimpa anak mereka dan kerana terlampau risau dengan kehilangan anak mereka telah membuat laporan polis.

Kedua-dua mangsa hanya ditemui pada pukul 4 petang oleh tiga orang penduduk tempatan yang di kenali sebagai Udin, Muslin dan Ook di Sungai Ciloseh dalam keadaan yang amat menyedihkan.

Kedua-dua mangsa bukan saha telah diperkosa malah mereka turut disembelih dalam keadaan yang amat mengerikan namun begitu kanak-kanak yang berusia 10 tahun didapati masih hidup manakala yang berusia 11tahun telah di temui dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

Berdasarkan bukti pisau serta buluh yang di temui dalam keadaan masih berdarah serta siasatan oleh pihak polis terhadap beberapa orang saksi mendapati bahawa suspek utama kes rogol serta bunuh telah dilakukan oleh seorang remaja dalam gambar di bahagian tengah.

Namun begitu masih belum dapat di sahkan sepenuhnya umur suspek pembunuhan serta kaitan hubungan antara mangsa dengan suspek pembunuhan.

Seorang mangsa yang ditemui dalam keadaan masih bernyawa kemudiannya telah di bawa ke sebuah hospital yang berada di Tasik Malaya bagi tujuan rawatan susulan.

Sementara pihak polis masih lagi menjalankan siasatan berhubung kes terbabit dan masih belum lagi melengkapkan laporan sepenuhnya berhubung kes terbabit.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2tglJYM
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2sD0Ipq
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment