Thursday, 4 February 2021

Wanita Tular Maki Pemandu Mohon Maaf, Pemuda Dipanggil Polis Beri Keterangan

Kakitangan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang tular di media sosial kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pengguna jalan raya lain tampil memohon maaf atas tindakannya.

“Jika saya salah, saya minta maaf. Saya maafkan semua. Spread the positivity. I’m done. Assalamualaikum,” tulisnya menerusi sosial media.

Berdasarkan video kejadian yang dikongsi seorang pemandu, wanita tersebut dilihat membuat pusingan-U sebelum dibunyikan hon oleh pemandu berkenaan. 

Wanita berkenaan kemudian memandu ke sebelah kereta pemandu itu, dan seterusnya mengeluarkan kata-kata kesat.

Pemandu berkenaan yang menggunakan nama akaun Twitter Fadzli Amin, berkata wanita tersebut menunjukkan stetoskop ketika insiden itu berlaku, yang membuatkannya menyangka dia seorang doktor perubatan.

Bagaimanapun, wanita itu dilaporkan merupakan pensyarah UPM.

Pengarah Strategi dan Perhubungan Korporat UPM dalam kenyataannya semalam mengesahkan wanita tersebut merupakan kakitangan universiti mereka.

“UPM memandang serius berkenaan hal ini dan ia adalah reaksi spontan peribadi beliau, dan tatakelakuan beliau sama sekali tidak mencerminkan sahsiah serta etika yang sepatutnya diterapkan oleh warga UPM.

“Sehubungan itu, perkara ini berada dalam siasatan pihak UPM untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Terbaru, Fadzli dalam kemas kini di akaun Twitternya memaklumkan bahawa dia akan ke ibu pejabat polis daerah Sepang petang ini untuk memberi keterangan.

Jelasnya, ini kerana wanita tersebut telah membuat laporan polis yang mengatakan bahawa Fadzli memandu dengan berbahaya dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Sumber: Malaysiakini



from Sehinggit Media https://ift.tt/3jeUUhw
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/36D0fdu
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment