Tuesday, 2 February 2021

Wanita Dipercayai Doktor Maki Pengguna Jalan Raya, Doa Dijangkiti Covid-19

Sejak semalam, tular di media sosial rakaman dashcam memperlihatkan pemadu kereta yang melakukan pusingan U sesuka hati hingga mengakibatkan kesusahan pemandu lain.

Cara u-turn membahayakan

Menerusi muat naik daripada seorang pengguna Twitter dikenlai sebagai Fadzli Amin, dia memaklumkan bahawa pemandu tersebut merupakan seorang doktor dan telah melakukan provokasi kepadanya selepas melakukan pusingan U.

Doa perkara tak baik

Lebih mengeruhkan keadaan, doktor wanita itu juga telah mengeluarkan kata-kata kesat serta mendoakan agar dirinya dijangkiti wabak Covid-19.

Situasi tegang itu telah dirakam oleh pengguna Twitter tersebut dan tular di media sosial sehingga menghadirkan pelbagai maklum balas kurang enak daripada warganet.

Agaknya stress rawat pesakit

Hal ini membuatkan ramai yang kurang senang dengan keadaan tersebut kerana seolah-olah tidak menghormati pengguna jalan yang lain.

Mereka juga mempertikaikan kredibiliti seorang petugas barisan hadapan yang memaki-hamun pengguna jalan raya lain disebabkan salah faham ketika memandu.

Komen Netizen





Walau bagaimanapun, kesahihan video ini tidak dapat dipastikan memandangkan hanya satu pihak sahaja menceritakan hal tersebut.

Namun begitu, masing-masing diharap dapat menyelesaikan perselisihan faham ini dengan matang agar tidak mencerminkan imej yang kurang baik kepada mana-mana institusi kerajaan.

Sumber: Fadzli Amin via https://ohmymedia.cc



from Sehinggit Media https://ift.tt/36Arx4a
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3cCFFhc
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment