Wednesday, 3 February 2021

"Tiada Etika.." - UPM Siasat Staf Didakwa Maki Hamun, Mencarut Kepada Pemandu Lelaki

Sejak semalam, heboh di laman sosial apabila seorang pengguna Twitter memuat naik rakaman memperlihatkan seorang wanita dipercayai berstatus ‘doktor’ memaki hamun pengguna jalan raya dan mendoakan agar individu terbabit dijangkiti Covid-19.

Macam ni ke sahsiah seorang doktor?

Dalam pada itu, pihak Hospital Serdang telah tampil mengeluarkan kenyataan dengan menafikan wanita terbabit adalah kakitangan hospital tersebut.

Malah ada juga dakwaan mengatakan wanita berkenaan adalah seorang pensyarah fakulti perubatan di sebuah universiti awam iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM).

Berikutan peristiwa itu, menerusi satu ciapan di laman sosial Twitter, pihak UPM mengeluarkan maklum balas mengenai reaksi staf yang didakwa bertengkar kerana kesalahan lalu lintas itu.

UPM menyatakan bahawa mereka memandang serius tentang isu berkenaan dan akan menjalankan siasatan bagi mengambil tindakan selanjutnya.

Ini Maklum Balas Dari UPM

“UPM memandang serius berkenaan hal ini dan ia adalah reaksi spontan peribadi beliau, dan tatakelakuan beliau sama sekali tidak mencerminkan sahsiah serta etika yang sepatutnya diterapkan oleh warga UPM. 

“Sehubungan itu, perkara ini sedang dalam siasatan pihak UPM untuk tindakan selanjutnya,” tulis Pengarah Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat UPM dalam maklum balas tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa kasihan dengan nasib wanita berkenaan.



Apa pun, kita tidak tahu apa sebenarnya berlaku antara mereka, lebih-lebih lagi hanya satu pihak sahaja yang bersuara. Harapnya pihak terlibat boleh selesaikan masalah ini dengan bijak dan matang.

Sumber: Twitter UPM, Twitter Fadzli Amin via https://ohmymedia.cc



from Sehinggit Media https://ift.tt/2MmgUeD
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/36ArWUg
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment