Monday, 8 February 2021

"Nak Buat Macam Mana, Saya Memang Nakal.." Lizzy Tak Terasa Hati Komen Netizen

Sebut sahaja nama Elizabeth Tan, pasti ramai tahu penyanyi dan pelakon itu sinonim dengan imej yang agak seksi dan nakal.

Dek kerana aksi nakalnya itu, Elizabeth atau lebih mesra dipanggil Lizzy sering mendapat komen berbaur lucah daripada golongan lelaki.

Tidak mengambil pusing dengan komen-komen tersebut, Lizzy menolak dakwaan dia sengaja berpenampilan menjolok mata semata-mata untuk meraih perhatian lelaki.

“Saya tahu setiap kandungan dalam media sosial dan apa jenis perhatian yang akan diraih.Kalau orang kata saya sengaja sajikan kandungan gedik dan nakal, nak buat macam mana, memang saya nakal,” katanya.

Dalam pada itu, Lizzy berkata penampilannya di media sosial masih lagi sopan dan tidak melampau serta masih menghormati sensitiviti masyarakat.

“Saya tak pakai seksi sangat pun dan selalunya pakai baju kasual saja untuk video dan gambar. Orang kata saya kena hormat sikit sensitiviti masyarakat bila dan masuk dalam industri seni yang dimonopoli Melayu.

“Sebab hormatlah saya tak buat perkara yang melampau atau pakai baju yang lebih seksi. Sebolehnya saya tak pakai pakaian yang menunjukkan pusat, masih ada garis panduan lagi,” katanya.

Kata Lizzy lagi, meskipun foto dan videonya sering dihujani dengan komen berbaur lucah namun dia tidak terasa hati. Ujarnya, dia tidak boleh mengawal apa yang difikirkan oleh netizen.

Sumber: Utusan Online via Rotikaya



from Sehinggit Media https://ift.tt/3q3NS1T
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3ry0K0u
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment