Sunday, 7 February 2021

Makan Besar Tahun Baharu Cina Dibenarkan, Tidak Lebih 15 Orang

Putrajaya: Masyarakat Cina yang bakal merayakan Tahun Baharu Cina pada 12 dan 13 Februari ini kini boleh meneruskan tradisi makan besar keluarga apabila Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini meluluskan penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) sambutan perayaan itu.

Bagaimanapun, menerusi satu kenyataan petang ini, Kementerian Perpaduan Negara berkata, mesyuarat dipengerusikan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu menetapkan tradisi makan besar keluarga pada 11 Februari itu hanya boleh dihadiri tidak lebih daripada 15 ahli keluarga.

Menurut kenyataan itu, hanya ahli keluarga terdekat yang tinggal dalam zon lingkungan 10 kilometer (km) radius dibenarkan hadir tanpa rentas daerah dan negeri.

"Mesyuarat bersetuju untuk aktiviti keagamaan di rumah ibadat pada 11, 12 dan 19 Februari dibenarkan dan tertakluk kepada SOP ketat.

"Bilangan kehadiran penganut di rumah ibadat tidak melebihi 30 orang pada satu-satu masa dengan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal," katanya.

Kenyataan itu menyebut, tempoh waktu sembahyang diperuntukkan selama 30 minit dan diselangi dengan kerja sanitasi selama 30 minit sebelum waktu sembahyang berikutnya.

Katanya, jadual waktu sembahyang bermula 6 pagi sehingga 2 petang.

"Bagi aktiviti sembahyang pada 19 Februari hanya dibenarkan di halaman rumah masing-masing pada waktu malam mengikut tradisi perayaan Tahun Baharu Cina bagi 'Hokkien Clan'.

"Pegawai Perpaduan yang dilantik sebagai Pegawai Pemantau mengikut Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) akan melakukan pemantauan pematuhan SOP ditetapkan," katanya.

Pada masa sama, kenyataan itu menyebut, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique turut menggalakkan masyarakat Cina di Malaysia untuk menyambut perayaan tahun ini dalam norma baharu dan sentiasa mematuhi SOP ditetapkan.

Sumber: Harian Metro



from Sehinggit Media https://ift.tt/2MIgFKT
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3jq6dUh
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment