Monday 1 February 2021

"Belum Pernah Saya Lihat Video Klip Muzik Artis Melayu Islam Hingga Tahap Ini" - Ustazah Asma’ Harun

Baru sahaja minggu lepas, kecoh diperkatakan isu aksi mesra Ayda Jebat dan suaminya, Nabil Mahir yang dikecam netizen dek kerana ia tidak sesuai dipertontonkan kepada orang ramai.

Namun hari ini, nama Ayda Jebat kembali menjadi sebutan gara-gara muzik video lagu terbarunya, ‘Parah Parah’ yang dilihat agak keterlaluan.

Malah, pendakwah terkemuka, Ustazah Asma’ Harun menerusi ruangan Facebooknya turut menulis kenyataan terbuka yang menegur muzik video milik penyanyi genit itu.

Kata Ustazah Asma, beliau terkejut dengan hasil MV tersebut yang memaparkan aksi tidak senonoh dan tidak sesuai untuk tontonan bagi penonton bawah umur.

Menganggap ianya sebagai suatu musibah di kala negara sedang menghadapi pandemik yang semakin parah dari hari ke hari, ustazah Asma merasakan bahawa MV tersebut tidak patut diterbitkan kerana sangat memalukan untuk ditonton.

“Ini satu musibah ummah yang parah, tatkala kita masih dalam belenggu cengkaman pandemik yang semakin parah, kalian menghasilkan sebuah muzik video yang menampilkan penyanyi dan penari iringan yang separuh bogel, dengan rentak dan lenggok tarian yang mengghairahkan seperti tarian lucah, maaf ia sungguh memalukan!”

Sungguh, saya terkejut dan terduduk sayu, atau mungkin kerana saya yang ketinggalan banyak Video Klip Muzik seumpama ini.

“Namun seingat atau setahu saya, belum pernah saya melihat video klip muzik yang dihasilkan oleh artis Melayu Islam hingga tahap ini,” katanya.

Tambahnya lagi, penghasilan MV tersebut sangat bertentangan dengan budaya masyarakat melayu yang mementingkan kesopanan dan kesusilaan apatah lagi menyimpang jauh daripada konteks agama Islam.

Dalam pada itu, pendakwah itu turut meminta pihak penerbitan tampil memadam MV tersebut di platform penstriman lagu Youtube kerana ramai masyarakat sudah tampil menegur dan mengkritik lagu tersebut namun tidak diendahkan oleh pihak yang terlibat malah dijawab dengan jawapan seolah-olah tidak bersalah dan melakukan apa kesalahan.

Moga-moga Ayda Jebat dengarlah nasihat daripada ustazah ni..



from Sehinggit Media https://ift.tt/3aivQSE
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/39JdtHP
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment