Thursday, 4 February 2021

"Overdose" Minum Air Putih 8 Liter Sehari, Wanita Bengkak Otak Masuk Redzone

Pengambilan air putih yang mencukupi adalah sangat penting untuk mengelakkan masalah dehidrasi badan. 

Namun ramai kurang cakna bahawa kuantiti per liter yang perlu diambil sebenarnya bergantung mengikut keperluan diri masing-masing. Meskipun kandungan air kosong adalah zero kalori, tidak bermakna anda boleh minum dengan terlalu banyak tanpa kawalan dan menganggapnya sebagai rutin menyihatkan.

Isteri join program diet & disaran minum air 8 liter sehari…Alami sawan & bengkak otak

Percaya ataupun tidak, seorang doktor ini tampil mendedahkan sebuah tragedi di mana seorang wanita diibaratkan seperti ‘overdose’ pengambilan air putih sehingga mengakibatkan sawan dan bengkak otak. 


Berusia awal 20-an dengan berat badan sekitar 100kg, difahamkan dia telah mengikuti program diet di mana semua peserta disarankan untuk minum air putih dalam 6-8 liter sehari. Namun siapa sangka, kekerapan tersebut rupa-rupanya memberikan beban kepada ginjal.



Minum air berlebihan boleh menjurus kepada koma…Sederhana dalam segala hal

Secara ringkasnya juga, Dr Zek mengesahkan bahawa wanita terbabit sedang mengalami water intoxication dan beberapa simtom juga ada dijelaskan menerusi penulisan di bawah. Tegas pakar perubatan ini, pengambilan air kosong yang berlebihan tidak mampu menurunkan berat badan malah boleh menyebabkan impak lebih buruk termasuklah risiko untuk koma.



Sumber : Facebook Ahmad Zakimi Abdullah via https://kisahdunia.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/2MUV3e8
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/39Pn2og
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment