Friday, 5 February 2021

Syok Berfoto Lepas Nikah, Pengantin Baru & 17 Pengiring Didenda Langgar SOP

Sepasang pengantin yang baru selamat diijabkabulkan di Taman Nilam, Langkawi kelmarin ditahan pihak polis kerana melanggar peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Menurut laporan Malaysia Gazette, 17 individu termasuk ‘bridesmaid’ turut ditahan setelah membuat sesi bergambar di kawasan sungai berhampiran yang telah melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Video berdurasi 23 saat yang memaparkan pasangan pengantin dan pengiringnya menaiki lori polis telah tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Shariman Ashari mengesahkan semua individu terbabit ditahan oleh sepasukan polis yang kebetulan sedang melakukan rondaan di lokasi berkenaan.

“Secara keseluruhan seramai 19 individu berusia lingkungan 18 hingga 28 tahun ditahan sebelum dibawa ke balai polis. 

“Kesemua mereka termasuk pasangan pengantin itu ditahan kerana ingkar peraturan yang dikuat kuasakan ketika PKP,” jelasnya.

Selain itu, Shariman juga berkata mereka telah dibebaskan pada hari kejadian selepas membayar jumlah kompaun yang ditetapkan.

Sumber: Malaysia Gazette via https://ohmymedia.cc



from Sehinggit Media https://ift.tt/3jlfGw5
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3oO8jyd
via merahhaticintaku.blogspot.my

1 comment:

  1. Assalamualaikum. saya mencari rawatan di sekitar Kelantan.sebelum ini saya ada terambil rokok dan makanan pemberian jiran, selepas itu saya terasa sakit dan banyak gangguan berlaku dibahagian dada,perut dan muka.
    Ini email saya : tubuhsatu@gmail.com
    Semoga Allah membalas kebaikkan tuan dengan kebaikkan yang banyak.

    ReplyDelete